Tian Chua didakwa ingkar perintah polis




 

 
Tian Chua hadir ke Mahkamah Sesyen Jenayah 5 di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, 49, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan tidak memenuhi perintah pegawai polis untuk beredar dari Pusat Latihan Polis Di Raja Malaysia (PULAPOL) pada 29 April lalu.

Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua, mengaku tidak bersalah tidak memenuhi perintah pegawai berkuasa, DSP A Rajakopal, untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai suatu kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-kawasan Larangan (No 2) 1975.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di PULAPOL Jalan Semarak di sini, jam 2.30 pagi, 29 April lalu.
Dia didakwa melanggar Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) dan dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan


Related Post

  • Keunikan terapi keranda TIDAK ada hidupan yang akan kekal di atas muka bumi ini atau boleh melarikan diri daripada kematian yang telah ditetap…
  • Sifat panas baran boleh panjangkan umur TIDAK perlu ragu untuk melepaskan kemarahan dan emosi negatif yang bersarang dalam hati anda kerana tabiat tersebut bu…
  • Golongan belia dinasihatkan memahami bahawa tujuan di sebalik pemberian rebat RM200 oleh kerajaan adalah bagi membantu…
  • Peneraju al-Quran BrailleKANGAR - Dalam memperkenalkan asas membaca al-Quran kepada golongan orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan, KL Brail…
  • Gempar akuarium pecah SERAMAI 15 pengunjung sebuah pusat beli-belah menjadi mangsa serpihan kaca terbang dan limpahan air apabila cermin tan…
0 Komentar untuk "Tian Chua didakwa ingkar perintah polis"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info