PETALING JAYA: Pelakon Que Haidar mengakui tiada bakat dalam penulisan skrip telah menyebabkan dirinya lebih cenderung terhadap kerja-kerja belakang tabir seperti pengarahan. Que berkata, sebelum ini dia pernah mencuba untuk menulis skrip selepas digalakkan oleh rakan-rakanya namun gagal kerana tidak pandai bermain dengan ayat. "Kerana tidak dapat watak yang saya inginkan sebagai pelakon, saya cuba menghasilkan skrip bagi mewujudkan jalan cerita dan watak yang sering saya idamkan sebagai pelakon. "Bagaimanapun gagal kerana saya sebenarnya tiada bakat sebagai penulis," ujarnya. Que yang membuat keputusan meninggalkan dunia lakonan kira-kira setahun lalu, baru-baru ini memberitahu mStar Online dia akan kembali berkalon dalam sebuah teater berjudul Primadona…Perahu Mimpi yang bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) bermula 22 hingga 26 Jun depan. Dalam pada itu, Que memberitahu dia juga teruja dengan kemunculan filem Rock 2 arahan Mamat Khalid penghujung tahun ini dan menganggap ia adalah sebuah karya terbaik daripada pengarah tersebut. Que berkata, kesempatan menonton sebahagian filem berkenaan baru-baru ini telah menyentuh hatinya sebagai pelakon. "Saya tidak bersara tetapi mencari naskah baik seperti filem Rock 2. Jika ada saya pasti akan kembali," ujarnya. Que turut menyarankan semua bintang rock di negara ini keluar menonton filem berkenaan dan yakin mereka akan menangis di penghujung cerita tersebut. "Amy Search kalau datang tengok saya jamin beliau akan menangis selepas menonton filem itu," katanya. |
Related Post
Jamal, Jay Jay bergandingDUA legenda hiburan tanah air, Jamal Abdillah dan Jay Jay akan digandingkan dalam konsert Lanjut Carnivale Fiesta BBQ Ar…
KAFA sedia lepas Mat YoKota Bharu: Hajat Johor untuk mendapatkan khidmat Norshahrul Idlan Talaha musim depan semakin menjadi kenyataan apabila …
Guru ijazah boleh naik gred tanpa temu dugaSEREMBAN – Guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memperoleh ijazah sama ada secara separuh masa atau di bawah pr…
Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012TANPA berselindung, Faizal Hussein, Maya Karin mahupun Azhanrani memberitahu mereka tidak meletakkan harapan untuk menan…
5 aplikasi iPad 2 BAGI yang berangan-angan memiliki iPad 2, mari kita selongkar ciri-ciri unik gajet ini yang cukup popular terutama di ka…
Subscribe
Terbaru
Love Them
Cara Mudah UTC Dapat Sale Secara Online
Konsultan unit trust / unit trust consultant. Ramai yang menjadi konsultan unit trust di...Teknik Perniagaan Internet Yang Berjaya
Panduan buat bisnes online. Sekarang ni ramai yang nak buat bisnes online, sama ada ada produk...Teknik Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung
Bisnes baju kurung. Baju kurung, ya baju kurung mesti korang tahukan. Ramai peniaga pakaian yang...Teknik Menjawab Soalan Temuduga SPA / Penguasa kastam
Setelah buat resume yang terbaru, setelah lulus peperiksaan online spa contohnya...Salah satu cara buat duit online
Pendapatan online ikut blog. Terdapat bermacam-macam pendapatan daripada blog. Korang boleh dapat...
0 Komentar untuk "Tiada Bakat Menulis, Que Haidar Tumpu Pada Pengarahan"
Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...