COCA COLA BATALKAN TAJAAN KEPADA RONALDINHO KERANA TIN TIN PEPSI

LONDON – Lebih sebulan selepas meninggalkan Flamengo kerana tidak dibayar gaji, Ronaldinho didakwa melanggar kontrak dengan Coca-Cola yang membawa kepada penamat perjanjian lumayan dengan syarikat minuman gergasi itu, kurang setahun selepas kontrak ditandatangani.
Kontrak bernilai Real 1.5 juta (RM2.34 juta) setahun sepatutnya berjalan sehingga Piala Dunia 2014 di Brazil, namun ia disingkatkan lebih awal selepas bekas Pemain Terbaik Dunia itu tampil dalam satu sidang akhbar bersama tin Pepsi di atas meja.

Pepsi merupakan penaja utama kelab barunya, Atletico Mineiro dan Ronaldinho ‘dikelilingi tin Pepsi’ ketika memperkenalkan dirinya kepada pemberita.
Coca-Cola dalam satu kenyataan berkata: “Disebabkan satu ‘peristiwa baru-baru ini’, kami telah memutuskan kerjasama dengan Ronaldinho. Dia tidak akan menerima sebarang wang tambahan daripada syarikat dan kami juga tidak perlu membayar denda.”


Pengurus Pemasaran Coca-Cola, Dir Marcelo Pontes mengakui, kemunculan pemain itu dalam sidang bersama tin Pepsi antara yang mendorong syarikat tersebut menamatkan ikatan, namun tegasnya, itu bukan satu-satunya sebab yang menyingkirkan Ronaldinho daripada kontrak. – AGENSI


Related Post

0 Komentar untuk "COCA COLA BATALKAN TAJAAN KEPADA RONALDINHO KERANA TIN TIN PEPSI"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info