Kolej diarah bayar RM18,500

Johor Bahru: Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini semalam memerintahkan sebuah kolej swasta membayar balik RM18,500 kos pengajian yang ditanggung seorang bekas pelajarnya dalam tempoh 14 hari.

Presiden TTPM, Mohd Nasrim Mohd Salleh, membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan Juhana Jemaat @ Jamil, 25, yang membuat tuntutan itu.
Sukar peroleh kerja

Kini saya hanya mampu bekerja di pasar borong dengan pendapatan RM30 sehari bagi menyara hidup saya dan ibu yang lumpuh" Juhana Jemaat @ Jamil, Bekas pelajar
Juhana membuat tuntutan itu selepas mendapati Diploma Penyiaran diterimanya daripada Malaysia Institute of Intergrative Media (MIIM) kendalian Cosmo Focus Sdn Bhd, tidak diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi.

"Saya yang mengadili kes ini amat bersimpati dengan nasib kamu, kerana terpaksa merugikan masa muda selama tempoh pengajian selain melaburkan wang untuk memperoleh diploma berkenaan," katanya.

Terdahulu, dalam keterangannya, Juhana berkata selain sukar memperoleh pekerjaan, beliau juga terpaksa menanggung hutang apabila perlu membayar balik pinjaman pembiayaan pelajaran yang dibuat dengan MARA.

"Selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya menabung dalam masa dua tahun sebelum memohon memasuki pengajian di MIIM mulai 2006 yang sepatutnya selesai dalam tempoh kira-kira dua tahun," katanya.
Juhana berkata selepas menamatkan pengajian selama empat tahun, beliau mendapati diploma yang diterima tanpa sebarang majlis konvokesyen itu tidak diiktiraf oleh MQA hingga sukar memperoleh pekerjaan.

Juhana menunjukkan salinan kad pelajar dan pinjaman pelajaran MARA  yang terpaksa ditanggung selepas membiayai kos pengajian dan sara hidup sepanjang pengajian diploma di MIIM. - Foto Nor Hazwani Hamat

Mampu kerja di pasar

"Kini saya hanya mampu bekerja di pasar borong dengan pendapatan RM30 sehari bagi menyara hidup saya dan ibu yang lumpuh. Saya membuat tuntutan kerugian yang saya alami selepas membiayai kos pengajian sebanyak RM18,500 di kolej terbabit," katanya.

Ketika prosiding semalam, Cosmo Focus tidak menghantar wakil mereka untuk mengemukakan pembelaan atau penentangan terhadap tuntutan yang difailkan Juhana.


Related Post

  • Guru ijazah boleh naik gred tanpa temu dugaSEREMBAN – Guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memperoleh ijazah sama ada secara separuh masa atau di bawah pr…
  • Orang Islam ajak murtad boleh didakwaKuala Lumpur: Mana-mana orang Islam yang mengajak atau membuka ruang kepada saudara seagama untuk murtad, boleh dituduh …
  • Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012TANPA berselindung, Faizal Hussein, Maya Karin mahupun Azhanrani memberitahu mereka tidak meletakkan harapan untuk menan…
  • 5 aplikasi iPad 2 BAGI yang berangan-angan memiliki iPad 2, mari kita selongkar ciri-ciri unik gajet ini yang cukup popular terutama di ka…
  • KAFA sedia lepas Mat YoKota Bharu: Hajat Johor untuk mendapatkan khidmat Norshahrul Idlan Talaha musim depan semakin menjadi kenyataan apabila …
0 Komentar untuk "Kolej diarah bayar RM18,500"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info