Negara perlukan 17,000 lagi jurutera

Johor Bahru: Seramai 17,000 jurutera diperlukan bagi mengimbangi nisbah keperluan Malaysia sebagai negara membangun sebelum mencapai status maju pada 2020, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.

Negara kini, katanya, hanya mempunyai 65,000 jurutera dan jumlah itu tidak mencukupi bagi mengimbangi nisbah negara membangun iaitu seorang jurutera kepada 350 penduduk.
Masih kurang jurutera

"Berdasarkan kajian Lembaga Jurutera, Malaysia sebagai negara membangun memerlukan sekurang-kurangnya 82,000 jurutera profesional, tapi kita masih kekurangan lagi 17,000 pakar terbabit. Untuk mencapai status negara maju, nisbahnya 1:100 seperti dicapai Korea dan Jepun," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Jamuan Hari Raya Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini semalam. Hadir sama Timbalan Naib Canselor UTM (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim.

Amat diperlukan

Shaziman berkata, tenaga profesional itu amat diperlukan sebagai tulang belakang pembangunan negara termasuk merealisasikan cita-cita mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian.
"Bidang kejuruteraan mempunyai peluang cerah dan mendatangkan hasil lumayan kerana banyak projek mega seperti Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang serta My Rapid Transit (MRT) memerlukan tenaga jurutera yang ramai," katanya.

Pada majlis itu, Shaziman turut menyerahkan replika Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) kepada UTM yang membolehkan pemiliknya menikmati diskaun sehingga 60 peratus untuk barangan terpilih.


Related Post

  • Gambar menarik ATM ( 1 ) vs Kelantan ( 2 ) separuh akhir pertama Piala MalaysiaFuhhh.. lega. Kalau korang tengok bola separuh akhir Kelatan vs ATM semalam, memang best. Laju siot, itu yang boleh aku …
  • Kejar duit ke?Apakah keuntungan hasil jualan tiket mengatasi keperluan pemain untuk menikmati kelebihan beraksi di gelanggang sendiri?…
  • Samsung Malaysia Electronics melancarkan telefon pintar siri paling popular terbarunya, Galaxy Note 3 LTE di pasaran Mal…
  • Cerita iPhoneWalaupun model baru iPhone 5S menampilkan pelbagai ciri terkini jauh lebih baik daripada sebelumnya, kos mengeluarkan te…
  • Sohosnita - jom berniaga onlinePenggunaan internet memberi banyak kelebihan kepada masyarakat masa kini. Andainya digunakan kemudahan dengan sebaiknya …
0 Komentar untuk "Negara perlukan 17,000 lagi jurutera"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info