Pintu tren gagal ditutup, perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya terganggu

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya terganggu kira-kira satu jam 30 minit hari ini berikutan masalah teknikal.

Ketua Bahagian Komunikasi dan Pemasaran Syarikat Prasarana Berhad, Masnizam Hisham berkata kejadian 8 pagi itu berlaku selepas satu daripada pintu tren ketika berhenti di Stesen LRT Kampung Baru gagal ditutup rapat.
"Masalah itu menyebabkan pemandu LRT terpaksa menutup pintu tren secara manual menyebabkan perkhidmatan LRT di laluan Kelana Jaya bergerak perlahan," katanya ketika dihubungi BERNAMA, di sini hari ini.

Keadaan itu menyebabkan beribu-ribu warga Lembah Klang yang menggunakan perkhidmatan LRT tiba lewat ke destinasi atau tempat kerja masing-masing.

"Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya kembali beroperasi seperti biasa pada jam 9.38 pagi," katanya. - BERNAMA


Related Post

  • Akaun Facebook suspek jadi perhatianKuala Lumpur: Akaun Facebook, dipercayai milik Ardi Hamza, 37, suspek utama pembunuhan kakitangan Ambank, Norazita Abu T…
  • Sorok kokain celah kelangkang KOTA KINABALU – Kegembiraan tiga keldai dadah mendarat di Hong Kong dengan menyeludup kokain seberat lebih dua kilogra…
  • mesin duit maya pertama di duniaTiga orang usahawan muda di Kanada telah menghasilkan mesin automatik untuk menukarkan sebarang wang kertas dengan duit …
  • Mesin duit maya pertama di duniaTiga orang usahawan muda di Kanada telah menghasilkan mesin automatik untuk menukarkan sebarang wang kertas dengan duit …
  • Gaya moden MuslimahKehadiran rekaan yang menepati syarat pemakaian, bukan saja membolehkan wanita Muslimah bergaya, malahan lebih memikat d…
0 Komentar untuk "Pintu tren gagal ditutup, perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya terganggu"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info