Saham JAL yang pernah bankrap melonjak

TOKYO: Saham Japan Airlines (JAL) melonjak tiga peratus pada awal dagangan pagi ini apabila syarikat penerbangan gergasi Jepun yang pernah bangkrap itu diniagakan semula di Pasaran Saham Tokyo.

Harga saham syarikat itu pada kedudukan 3,905 yen, meningkat 3.03 peratus daripada harga tawaran selepas menjadi salah satu antara syarikat korporat terbesar dari Jepun yang runtuh tiga tahun lalu.
Prestasi awal yang kukuh itu dianggap memberangsangkan selepas ia membuat tawaran AS$8.5 bilion, iaitu yang kedua terbesar tahun ini selepas Facebook.

Kelahiran JAL itu dianggap satu kebangkitan semula selepas syarikat penerbangan itu dimasukkan dalam daftar syarikat muflis menanggung 2.3 trilion yen (AS$29 bilion) hutang. - AFP


Related Post

  • Ujian Ramadan  BAGI pelari maraton Jordan, Methkal Abu Drais, masanya mungkin tidak kena. Dia bukan saja bersedia untuk perlumb…
  • Tiga tahun belum hamilSAYA sudah berkahwin selama tiga tahun tetapi masih tidak mempunyai anak disebabkan masalah hormon lelaki melebihi hormo…
  • Disepit dua bas NAHAS...anggota polis trafik menyiasat kemalangan yang meragut nyawa pasangan suami isteri, semalam. Gambar kecil,…
  • Cara Zalim Kanak-kanak China Dilatih Untuk Jadi Atlet Emas Mahukan kita di Malaysia buat seperti ini? Itulah persoalan yang terlintas di pemikiran penulis. Tidak dalam 100 tahun …
  • webmaster.my.ohmyislambl0g@blogger.com     Apakah Hukum Memakai Kanta Mata / Contact Lens di Bulan Ramadhan? Ramai yang bertanya mengen…
0 Komentar untuk "Saham JAL yang pernah bankrap melonjak"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info