Terengganu negeri terbaik UPSR Ke-12

KUALA TERENGGANU — Kerajaan negeri Terengganu yakin dapat mempertahankan kedudukannya sebagai negeri terbaik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) buat kali ke-12 berturut-turut pada tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, keyakinan itu berdasarkan peningkatan penglibatan komuniti setempat bersama guru dan murid.
"Istimewanya di Terengganu, banyak sekolah yang menyediakan makan minum secara percuma kepada murid sepanjang UPSR berjalan, ini membuktikan betapa prihatinnya pengurusan sekolah dalam memastikan kebajikan murid terjaga.
 
"Inisiatif yang diambil oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ini adalah sebahagian contoh betapa pendidikan kini menjadi tangungjawab semua pihak, selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu sebagai kuasa baharu dunia pendidikan tanah air," katanya di sini hari ini.
Penyediaan makanan berkhasiat secara percuma itu adalah untuk memastikan murid kekal bertenaga sepanjang menjawab soalan dengan nutrien penting, sebagai satu usaha PIBG untuk persediaan fizikal murid. - BERNAMA


Related Post

  • RM1000 seminggu PASIR MAS - Setiap graduan yang tamat pengajian pasti mengimpikan untuk bekerja dengan sesebuah organisasi dan mendap…
  • Cara elak mengantuk waktu khutbah Setiap kali khutbah Jumaat disampaikan, pasti ada jemaah yang terangguk-angguk, bukan kerana khusyuk, tetapi mengantu…
  • Gambar kereta dihias dengan besi Bermacam-macam cara nak promosi secara unik. Berita ni dari kosmo dan berlaku di Kemboja di mana sebuha syarikat guna…
  • Raja Swaziland bakal berkahwin buat kali ke-14 Kahwin kai ke 14 woooo. Kat Malaysia mungkin tak berlaku cam nih, tapi kalau kat luar negara macam-macam ada, kahwin …
  • Revolusi pakaian dalam Pakai baju penting, pakai pakain dalam juga penting oooo. Ini ada satu teknologi material dalam pembuatan pakaian dal…
0 Komentar untuk "Terengganu negeri terbaik UPSR Ke-12"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info