BMW RM538,800 seunit dan BMW Active Hybrid 5 harga RM648,800 seunit

BMW Group Malaysia (BMW) menyasarkan jualan keseluruhan model edarannya mencecah kira-kira 6,000 unit tahun ini berbanding 5,400 unit tahun lalu bersandarkan kepada sambutan pembeli di negara ini dalam segmen kenderaan mewah.
Pengarah Urusannya, Gerhard Pils berkata, ketika ini pihaknya hampir mencatatkan jualan keseluruhan menghampiri 5,400 unit dan pengenalan model berteknologi tinggi dalam kejuruteraan BMW meningkatkan lagi pembelian kenderaannya tahun ini.

Beliau berkata, kedudukan BMW di pasaran tempatan turut dilihat semakin kukuh apabila mencatatkan hampir 40 peratus penguasaan pasaran, sekali gus menerajui pasaran dalam segmen premium.
"Kecanggihan kejuruteraan kenderaan yang dilaksanakan BMW semakin berkembang mengikut keperluan pengguna dan hari ini, kami turut memperkenalkan dua model sedan hibrid, BMW Active Hybrid 3 dan BMW Active Hybrid 5 yang akan merancakkan lagi inovasi penciptaan dalam BMW. "Kami menjangkakan kedua-dua model ini mampu dijual melebihi 20 unit pada suku pertama tahun depan dan penerimaan baik masyarakat Malaysia kepada kenderaan hibrid menambah lagi keyakinan kepada syarikat," katanya pada majlis pameran inovasi BMW di Kuala Lumpur.

BMW Active Hybrid 3 dijual pada harga di atas jalan (OTR), tanpa insurans dengan BMW services ialah RM538,800 seunit dan BMW Active Hybrid 5 pula ditawarkan pada harga RM648,800 seunit. Kedua harga model berkenaan dilengkapi enjin enam silinder berkuasa BMW TwinPower Turbo.


Related Post

  • PBDSKT dijangka bertukar wajahKuala Terengganu: Wajah pengurusan Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBDSKT) yang mana pasukan Liga Super, T…
  • Badrulamin disiasat SHAH ALAM: Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrulamin Bahron tetap disiasat atas dakwaan mengemb…
  • Amah Aznil songlap barang kemasKUALA LUMPUR: Selepas kerugian RM40,000 akibat rumah dipecah masuk dan pelbagai barangan berharga dilarikan pencuri awal…
  • Johor ubah pendirian"KAMI tidak boleh bayar sehingga RM1 juta." Itu pendirian Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berhubung laporan yan…
  • Patah paha di hospitalPORT DICKSON: Seorang wanita tidak menyangka tindakan suaminya mendapatkan rawatan penyakit sukar tidur malam di Wad Psi…
0 Komentar untuk "BMW RM538,800 seunit dan BMW Active Hybrid 5 harga RM648,800 seunit"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info