Elaun naik 88 peratus

IPOH - Kira-kira 20,000 pelatih peringkat sijil dan diploma di semua institusi latihan Kementerian Kesihatan akan menikmati kenaikan elaun antara 60 dan 88 peratus mulai tahun depan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pelatih peringkat sijil akan menerima RM835 sebulan berbanding RM517 sekarang, manakala pelatih peringkat diploma pula menerima RM1,166.58 berbanding RM621.21.
"Kenaikan kadar elaun itu yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2013 membuktikan kerajaan sangat prihatin dengan beban kos sara hidup yang ditanggung pelatih," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan di sini semalam.
Selain itu, kata Tiong Lai, kementerian juga akan mewujudkan 12,000 jawatan baharu jururawat bagi tempoh 2012 hingga 2015 untuk meningkatkan perkhidmatan kejururawatan selain menampung keperluan klinik dan hospital baharu.


Related Post

  • ‘Mandi’ air cuci lantaiKUALA LUMPUR: Beberapa penghuni Venice Hill Condo, Cheras, di sini, kesal dengan tindakan segelintir penghuni kondominiu…
  • 2.7 juta bujang dapat BR1M 2.0 KOTA BHARU 30 Sept. - Lebih 2.7 juta individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas di negara ini bakal memperoleh manf…
  • Mitos Piala Sultan SelangorShah Alam: Ketika Selangor menjuarai Piala Sultan Selangor edisi ke-4 pada 2005 dan edisi ke-7 pada 2008, tuah seakan-ak…
  • Maya Karin dilamarTanpa angin dan tanpa ribut, Maya Karin membuat pengakuan dirinya dilamar. Tentunya ia berita mengejutkan kerana selama …
  • Lumpur ajaib di Kampung Meritam PERMUKAAN tanahnya sentiasa lecak tidak mengira musim, sama ada tengkujuh mahupun kemarau. Lebih luar biasa, ia boleh …
0 Komentar untuk "Elaun naik 88 peratus"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info