Final Piala Malaysia 2012 - ATM akan bedil Kelantan

TIADA belas kasihan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bedil Kelantan habis-habisan.Jika ia berhasil, Kelantan boleh melupakan impian untuk muncul juara trebel dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
ATM pula mahu membuktikan bahawa mereka bukan pasukan yang boleh dipandang mudah oleh lawan, justeru mereka mahu membuktikannya pada final Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam malam esok.
 
Penjaga gol ATM, Farizal Harun sudah bersedia untuk tugasan penting itu dan dia tidak akan membiarkan lawan meloloskan diri.
Bagi merealisasikan hajat besar mereka itu, Farizal menuntut rakan-rakan sepasukan agar menyelesaikan perlawanan dalam tempoh 90 minit sekali gus menjulang piala berprestij itu dengan penuh bergaya.
 
Farizal menjelaskan, dia yakin dengan pengalaman beraksi sebanyak empat kali menentang juara Liga Super itu, ia bakal dijadikan satu pengajaran berguna buat skuad kendalian B. Sathianathan itu pada musim ini.
"Kami sudah bertemu empat kali dengan Kelantan termasuk dua kali di peringkat Kumpulan B Piala Malaysia dan perlawanan persahabatan.
"Kali terakhir (ketika menentang Kelantan), kami tewas 3-4 kepada mereka di Stadium Sultan Muhammad IV pada saingan peringkat kumpulan," katanya.
Farizal ditemui ketika bersama skuad bola sepak ATM menziarahi bekas pemain Selangor, Ezmi Md. Jan yang menghidap barah hidung di Kampung Sentosa Batang Kali, Hulu Selangor semalam.
 
Tambahnya, pemain kelahiran Negeri Sembilan itu juga menyifatkan The Red Warriors dilihat memiliki kelebihan sekiranya perlawanan akhir Piala Malaysia tersebut diheret sehingga ke penentuan sepakan penalti.
Jelasnya, kekuatan mental bakal menjadi penentu kepada kedua-dua pasukan sekiranya perlawanan terikat sehingga ke masa tambahan.
"Ramai mengetahui, Kelantan memiliki penjaga gol terbaik negara, Khairul Fahmi Che Mat dan pendapat saya, sepakan penalti dilihat memberi kelebihan kepada mereka.
"Apa pun, kami telah bersedia dengan menjalani latihan tambahan dan sekiranya kami terpaksa beraksi sehingga ke penentuan sepakan penalti, saya berjanji akan menampilkan aksi terbaik.
"Kalau boleh, kami nak selesaikan perlawanan itu kelak dalam tempoh 90 minit," katanya.


Related Post

  • Anak lambat bercakapBEGITUPUN, ada juga keadaan di mana bayi yang normal akan lambat bercakap sehingga usia mereka mencecah dua hingga lima …
  • Anak Terengganu pertama ditawar Ph.D ke OxfordKUALA TERENGGANU 1 Sept. - Pelajar cemerlang yang sedang menuntut di Universiti Oxford, United Kingdom, Mohd. Firdaus Sa…
  • Tahanan diseksa guna airWASHINGTON 6 Sept. - Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran bekas Presiden George W. Bush, didakwa melaksanakan kaed…
  • Memperingati tragedi al-AqsaPENYOKONG Hamas mengibarkan bendera negara Palestin dan kain rentang bergambar masjid al-Aqsa pada perhimpunan aman yang…
  • Niaga barang lusuhAPAKAH perasaan sepasang ibu dan ayah, tatkala anak-anak mendapat kelulusan yang baik dalam peperiksaan dan layak melanj…
0 Komentar untuk "Final Piala Malaysia 2012 - ATM akan bedil Kelantan"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info