Hutang ah long RM20,600 kena bayar RM80,000

KUALA LUMPUR - Seorang juruteknik yang berusaha untuk menambah pendapatan keluarga dengan berniaga kuih menerusi pinjaman ah long tidak menyangka hidupnya menjadi lebih menderita sejak awal tahun lalu.
Situasi itu berlaku apabila perniagaan yang dirancang bersama isteri tidak mendapat sambutan menyebabkan dia terpaksa menanggung hutang terkumpul kira-kira RM80,000 dengan ah long terbabit.
 
Juruteknik yang hanya mahu dikenali sebagai Shah, 33, berkata, akibat hutang itu juga, dia terpaksa melakukan kerja sampingan sebagai pemandu teksi di ibu negara untuk menyara keluarga.
"Sebelum berniaga, gaji saya cukup untuk menyara isteri dan anak yang masih kecil, tetapi kini pendapatan bulanan sebagai juruteknik bukan untuk keluarga sebaliknya untuk ah long kerana mereka pegang kad pengeluaran wang tunai automatik (ATM) saya," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di sini semalam.


Related Post

  • Kepulangan Ashari ceriakan skuad PenyuKuala Terengganu: Kepulangan penyerang prolifik, Ashari Shamsudin selepas penggantungan perlawanan mencetus rasa ceria j…
  • Cara penipuan internet di buatKuching: Polis menahan 84 warga China dan Taiwan yang disyaki terbabit dalam kegiatan penipuan internet membabitkan keru…
  • Gambar budak 11 tahun mati dirogol dan bunuhKlang: Budak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dirogol, ditemui mati di kawasan tempat letak kereta di Lorong B…
  • Titik pun bolehKuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa selain tanda pangkah X pada kertas undi, tanda lain sepe…
  • Amaran Amri!Kuala Lumpur: Paulo Rangel tidak dinafikan harapan Perak, namun pelawat itu harus gelisah andai berpandu kepada kata-kat…
0 Komentar untuk "Hutang ah long RM20,600 kena bayar RM80,000"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info