Kelantan cipta sejarah, Annuar sujud syukur di Makkah

SHAH ALAM - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa yang kini berada di Makkah untuk menunaikan ibadah haji melahirkan kesyukuran tidak terhingga atas kejayaan pasukan The Red Warriors yang mencipta sejarah - kejuaraan 'treble' dengan menewaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 malam tadi.

"Alhamdulillah... Ku sujud syukur di Masjidil Haram malam ini atas doa yang dimakbul ALLAH SWT! Alllahhuakbar!! Tahniah Bojan dan seluruh TRW (The Red Warriors).
3 Piala disembah ke bawah duli

"Terima kasih pada penyokong dan set (kawan-kawan) kita yang setia bersama.. Tiga piala disembah pada (Sultan Kelantan) Duli Yang Maha Mulia Alsultan Muhamad V dan seluruh rakyat Kelantan serta penyokong setia TRW. Saya ucapkan terima kasih pada semua!! Dari Makkarratul Mukkarramah," tulis beliau menerusi laman sosial Facebook.

Minggu lalu beliau mengumumkan hadiah sebidang tanah jika Kelantan menang Piala Malaysia 2012. Kemenangan itu menjadi kenyataan malam tadi.
Kemenangan semalam dilihat penganalisis dan pemerhati sebagai amat bermakna buat Annuar yang kini digantung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selama dua tahun enam bulan.

Ekoran penggantungan itu, beliau dilarang sama sekali terbabit dalam aktiviti sukan bola sepak di negara ini sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat negeri.
Sejak Kafa di terajui Annuar 2007

Skuad Kijang menjadi perhatian dan menonjolkan prestasi pada tahap tertinggi setelah Kafa diterajui oleh Annuar pada 2007.

Mutu permainan gergasi Pantai Timur itu menyerlah apabila mencapai satu demi satu kejayaan termasuk buat pertama kalinya menjuarai Piala Malaysia pada 2010.
Tahun ini, The Red Warrriors melengkapkan misi treble setelah merangkul Piala Malaysia 2012 yang diadakan di Stadium Shah Alam, malam tadi. 
Pasukan kendalian Bojan Hodak itu sebelum ini meraih kemenangan dalam Liga Super dan Piala FA.


Related Post

  • Keranda 'muncul' dari kubur akibat taufan SandyCRISFIELD, Maryland - Dua buah keranda muncul dari dalam kubur selepas taufan Sandy melanda bandar ini pada Isnin lalu, …
  • Kumpulan Islam tawar bantu ASISLAMABAD - Amerika Syarikat (AS) semalam menolak tawaran bantuan daripada pemimpin radikal sebuah kumpulan Islam selepa…
  • Lord's Tailor taja sut Chong WeiJAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bakal menggayakan sut rekaan butik pakaian formal lelaki terkemuka tanah air…
  • Nilai Mat Yo RM1 jutaPERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) perlu membayar RM1 juta sekiranya masih berminat untuk mendapatkan khidmat peny…
  • Penyampai Hot FM disamunKUALA TERENGGANU – "Wang yang disamun itu bakal saya jadikan sebagai wang hantaran perkahwinan yang akan berlangsung pad…
0 Komentar untuk "Kelantan cipta sejarah, Annuar sujud syukur di Makkah"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info