MACA tawar program anti rasuah

Malaysia bakal menjadi pusat kecemerlangan anti rasuah antarabangsa menerusi program peringkat Sarjana yang ditawarkan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), di sini mulai 9 Disember depan.

Program selama dua tahun itu bukan saja ditawarkan kepada golongan profesional anti rasuah dan pihak berkuasa tempatan malah terbuka kepada peserta dari luar negara termasuk pengamal undang-undang seperti hakim.
Bagi memastikan program dilaksana dan dirancang secara teliti, akademi melantik enam pakar dalam pelbagai bidang khususnya yang berpengalaman dalam usaha memerangi rasuah peringkat global untuk memberi nasihat kepada akademi itu.

Ia dipengerusikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.

Malaysia dipilih IAACA

Lima lagi ahli yang dilantik, Ketua Cawangan Ekonomi dan Jenayah, Bahagian Perjanjian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Bagi Dadah dan Jenayah (UNODC), Dimitri Vlassis.

Setiausaha Agung Persidangan Pertubuhan Agensi Penguat kuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA), Dr Ye Feng; Pengerusi Akademi Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IACA), Martin Kreutner; bekas Timbalan Pesuruhjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong, Daniel Li dan perunding antarabangsa, Dr Chris Saville.
Sehubungan itu, Abu Kassim mewakili SPRM memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan IACA diwakili Kreutner.

Abu Kassim berkata, Malaysia satu-satunya negara yang dipilih IACA untuk mengendalikan satu daripada tujuh modul yang diperkenalkan selain Vienna, Austria.

Terdahulu, Abu Kassim mewakili SPRM menandatangani MoU dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan Thailand (NACC) bagi mewujud kerjasama dalam mencegah dan membanteras rasuah yang diwakili Pesuruhjaya Profesor Pakdee Pothisiri.


Related Post

  • Keputusan bola sepak Liga Juara-JuaraBerikut adalah keputusan perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara awal pagi tadi:Kumpulan E GA_googleFillSlot("BHWeb…
  • Aidil, Jue makin serius? INI satu lagi kisah ahli sukan. Tapi sebab ada kaitan dengan artis, maka ia kami kena tulis juga sebab orang hendak ba…
  • Nabi maksum sejak kecil RUANGAN kali ini mengajak pembaca fokus kepada beberapa perbahasan penting mengenai Rasulullah yang akan menenangkan h…
  • 'MYMEN PLUS' beracunKuala Lumpur: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan produk tradisional MYMEN PLUS Caps…
  • 1,000 syarikat tubuh taska PETALING JAYA 2 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan menyasarkan sebanyak 1,000 syarikat swasta akan me…
0 Komentar untuk "MACA tawar program anti rasuah"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info