Merah kuning hilang 9 tonggak gara-gara berpindah atau digugurkan

  •  
  • Shah Alam: Red Giants kehilangan sembilan tonggak utama, termasuk Safiq Rahim dan Amri Yahyah selepas Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) melakukan rombakan besar-besar menghadapi Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

    Sama ada mereka digugurkan atau berpindah ke pasukan lain, Red Giants bertindak demikian selepas gagal meraih sebarang trofi musim ini apabila hanya menduduki tempat ketiga Liga Super dan kandas di separuh akhir Piala Malaysia.
    Safiq dikatakan bakal ke kelab Indonesia, Arema Pelita selain turut mendapat tawaran lumayan Johor FC.

    Amri mungkin ke PKNS FC atau Negeri Sembilan, Amirulhadi Zainal dan Razman Roslan bakal ke Pahang manakala Azidan Sarudin mendapat tawaran Perak.

    Empat lagi pemain yang tidak lagi bersama Selangor musim depan dipercayai digugurkan ialah Bosko Balaban, P Gunalan, R Surendren dan G Jeevananthan.


    Related Post

    • iPad mini mula dijual di AustraliaSYDNEY: iPad mini membuat kemunculan sulung di Australia hari ini ketika Apple tampil memberi saingan terhadap Amazon, G…
    • Meteorit 300kg ditemui di barat PolandWARSAW - Beberapa ahli geologi Poland berjaya menemui meteorit seberat 300 kilogram (kg) yang tertanam sedalam dua meter…
    • 'Termahal RM7j’'Johor Bahru: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dipercayai melabur lebih RM7 juta untuk mengikat penyerang Getafe …
    • Patah paha di hospitalPORT DICKSON: Seorang wanita tidak menyangka tindakan suaminya mendapatkan rawatan penyakit sukar tidur malam di Wad Psi…
    • PBDSKT dijangka bertukar wajahKuala Terengganu: Wajah pengurusan Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBDSKT) yang mana pasukan Liga Super, T…
    0 Komentar untuk "Merah kuning hilang 9 tonggak gara-gara berpindah atau digugurkan"

    Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

     
    Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
    Template By Catatan Info