Messi, Ronaldo pamer aksi klasik

BARCELONA: Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo masing-masing menyumbatkan dua gol ketika Barcelona dan Real Madrid seri 2-2 dalam pertemuan klasik yang meletakkan kelab Catalan itu hanya lapan mata mengatasi pencabar lain dalam saingan Liga Sepanyol.

Ronaldo meletakkan Madrid di depan selepas minit ke-23 tetapi Messi membalas pada minit ke-31 perlawanan.
Kehadiran kira-kira 98,000 penyokong Catalan hampir menyemarakkan kemenangan bagi membolehkan Barcelona terus mendahului liga dengan 11 mata selepas Messi menjaringkan gol kedua menerusi sepakan percuma pada minit ke-61 tetapi Ronaldo membalas lima minit kemudian.

Pada minit-minit terakhir perlawanan, Barca beroleh peluang untuk mencatat kemenangan menerusi pemain gantian, Martin Montoya tetapi percubaannya terkena palang.


Related Post

0 Komentar untuk "Messi, Ronaldo pamer aksi klasik"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info