Risau kesan radiasi

AMPANG: Lima kes kematian dengan satu disahkan akibat penyakit barah dalam tempoh tidak sampai dua tahun membabitkan penghuni di kediaman berhampiran pencawang telekomunikasi milik sebuah syarikat swasta mencetuskan kebimbangan di kalangan penduduk di Taman Bukit Teratai, di sini.
Penduduk, Chan Kong Lim, 50-an, yang kehilangan isteri akibat barah tahun lalu berkata, kejadian itu menyebabkan dia dan anaknya trauma kerana bimbang turut menerima nasib sama.

"Sejak kematian isteri, saya tidak lagi menggunakan bilik utama di rumah yang bertentangan dengan pencawang telekomunikasi itu kerana takut menghidap barah kesan daripada pancaran radiasi berterusan.
"Saya sayu setiap kali melihat bilik itu kerana teringat mendiang isteri. Kehilangannya akibat barah menambah kesedihan saya kerana percaya kesan radiasi daripada pencawang terbabit antara penyebab utama isteri diserang barah," katanya.

Dia ditemui pada sesi dialog penduduk mengenai pembinaan pencawang telekomunikasi yang terlalu dekat dengan kawasan perumahan anjuran Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, Ben Liew Pok Boon di Medan Selera Bukit Teratai, dekat sini, semalam.

Sesi dialog berkenaan diadakan antara sebahagian 400 penduduk yang membuat bantahan dengan wakil daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi terbabit.
Kebimbangan sama turut disuarakan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Kiat, kerana beranggapan lima kematian dalam tempoh itu bukan kes terpencil dan sesuatu yang luar daripada norma kebiasaan.


Related Post

  • Kurikulum baru mulai 2016KEMENTERIAN Pelajaran akan melaksanakan kurikulum persekolahan baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai…
  • Bajet 2013: Guru menganggur dapat perhatianNilai: Nasib 10,200 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang sehingga kini masih belum ditawarkan pekerjaan sebagai g…
  • MIT universiti terbaik duniaLONDON 12 Sept. - Universiti Cambridge yang merupakan universiti berprestij dan sebelum ini menduduki tempat pertama dal…
  • Pelakon marah penerbitLOS ANGELES 13 Sept. - Pelakon filem anti-Islam yang mencetuskan rusuhan di Libya dan Mesir, hari ini melahirkan kemarah…
  • Mengenang Yasmin AhmadHAMPIR tiga tahun Yasmin Ahmad meninggalkan kita tetapi apa yang ditinggalkan seperti masih hidup sehingga hari ini. Sem…
0 Komentar untuk "Risau kesan radiasi"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info