‘Ustaz’ salah kiblat

GOMBAK: Temberang seorang lelaki yang pura-pura bersolat bagi mengelak daripada dicekup berkhalwat dalam sebuah bilik di kedai menjual pakaian milik pasangannya di Selayang, dekat sini, kelmarin, tidak berhasil apabila dia tersalah arah kiblat.
Lelaki 46 tahun itu dan pasangannya yang berusia 37 tahun, dicekup suami wanita berkenaan selepas curiga dengan kehadiran lelaki terbabit dalam kedai isterinya yang ketika itu tertutup.
Menurut sumber, sebelum kejadian si suami yang berusia 37 tahun mahu menjemput isterinya keluar makan pada jam 12 tengah hari, namun berasa pelik apabila mendapati kedai isterinya tertutup seolah-olah tidak beroperasi.

"Mengesyaki ada sesuatu tak kena, si suami masuk dalam kedai, tetapi masih tidak menemui isterinya. Dia kemudian ke sebuah bilik di bahagian belakang dan menemui kasut isterinya diletakkan di tepi pintu.

"Lelaki itu memanggil isterinya dan mengajaknya keluar makan tengah hari, namun wanita itu enggan, malah memberitahu dia akan pergi sendirian kerana ada urusan perlu diselesaikan," katanya.


Related Post

  • FAM tak pernah abaikan Nazmi’Brisbane: "Mustahil Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mengabaikan Nazmi Faiz Mansor selepas mengeluarkan perbelanjaan …
  • Salah bedah paru-paruLondon: Satu siasatan dilancarkan semalam selepas pakar bedah di sebuah hospital yang dikecam mengalihkan bahagian salah…
  • Umie Aida curi gasSemalam, siri pertama Jejak Bintang mengimbas cerita Umie Aida ketika zaman kanak-kanak dan remajanya hingga bergelar ak…
  • strategi benam QatarDoha: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal sudah mendapat ilham untuk menerapkan strategi terbaik bagi be…
  • Israel akan menyesalBeirut: Iran semalam memberitahu Israel, rejim Zionis itu akan menyesal kerana melancarkan serangan udara ke atas Syria …
0 Komentar untuk "‘Ustaz’ salah kiblat"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info