Boateng sah milik T-Team

BEKAS pemain tengah Belanda, George Boateng berazam mahu menempa nama bersama skuad T-Team apabila menandatangani kontrak dengan pasukan berstatus kelab itu semalam.
Boateng, 37, yang pernah menempa nama dalam Liga Perdana England dengan pasukan Middlesbrough dan Aston Villa menegaskan, kehadirannya dalam skuad T-Team bukan sekadar mahu melancong atau menerima habuan pada penghujung kerjaya tetapi ingin membantu skuad kendalian Peter James Butler itu mencatat kemenangan.
"Saya terus bermain kerana saya mencintai bola sepak," ujarnya selepas menandatangani kontrak di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.
Katanya, dia tetap Boateng yang dulu yang pernah mewakili pasukan Belanda dan pernah memegang rekod sebagai pemain luar yang paling banyak beraksi dalam Liga Perdana England iaitu 385 kali.
Boateng menjelaskan, meskipun terdapat banyak pilihan, dia lebih tertarik menyertai T-Team kerana kelab itu diuruskan dengan baik dan akan berada bawah kendalian jurulatih Butler.
"Memiliki Butler di sini adalah penting kerana beliau tahu bagaimana saya bermain dan bagaimana sepatutnya bola sepak dimainkan. Saya dan pemain lain dalam pasukan akan berusaha untuk menjadikan kelab ini hebat.
"Meskipun corak permainan di sini mungkin agak perlahan tetapi ia akan tetap menjadi cabaran kepada saya," katanya.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai Johor FC akan menurunkan penyerang Sepanyol, Daniel Guiza dan bekas pemain Lazio, Simone Del Nero, Boateng menjelaskan:
"Saya telah bermain bersama para pemain terbaik dunia, jadi saya sentiasa sedia berdepan dengan cabaran. Saya akan tunjukkan apa yang saya mampu lakukan."


Related Post

  • Tablet jendela PENGALAMAN 30 tahun Microsoft Corp menghasilkan perkakasan dan sistem perkomputeran moden menjadi landasan utama k…
  • Negara perlukan 17,000 lagi jurutera Johor Bahru: Seramai 17,000 jurutera diperlukan bagi mengimbangi nisbah keperluan Malaysia sebagai negara membangu…
  • Bapa bedil kepala sendiri IPOH: Rasa kesal atas tindakan menembak anaknya dalam satu kejadian petang kelmarin, dipercayai menjadi punca beka…
  • Saham AirAsia susut RM667 jutaKUALA LUMPUR - Harga saham AirAsia Bhd. (AirAsia) di Bursa Malaysia terus menjunam buat hari kedua berturut-turut semala…
  • MILF enggan sahut seruan Al-Qaeda serang ASMANILA 17 Sept. - Kumpulan pemberontak Islam di Filipina semalam menolak seruan militan Al-Qaeda untuk menyerang kepenti…
0 Komentar untuk "Boateng sah milik T-Team"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info