Datuk popular selepas peraga fesyen wanita

GUANGZHOU - Seorang datuk di China menjadi popular sekelip mata selepas gambar-gambarnya memperagakan pakaian wanita disiar di Internet, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Pada mulanya, lelaki berusia 72 tahun itu, Liu Xianping, bergambar dengan memakai pakaian koleksi butik atas talian Yuekou milik cucu perempuannya sebagai bahan jenaka.
Namun, selepas cucunya memuat naik gambar-gambar itu di Internet, mereka tidak menyangka imej tersebut menjadi popular dalam masa semalaman.
Gambar-gambar itu kemudian menjadi bahan publisiti yang berjaya, sekali gus meningkatkan jualan koleksi butik Yuekou sebanyak lima kali ganda.
Butik tersebut beribu pejabat di sini dalam wilayah Guangdong, selatan China.
Menurut akhbar tempatan, China Newsweek, wanita berkenaan memberitahu bahawa idea untuk memperagakan fesyen wanita itu datang daripada datuknya.
"Dia mengambil sehelai pakaian dan mencubanya untuk memberi tunjuk ajar mengenai suai dan padan," kata cucu perempuan Xianping.
"Kami anggap aksinya lucu dan terus merakamnya," tambah wanita itu. - Agensi


Related Post

  • Robot comelKawal dengan iOS, Android DeskPets Tankbo yang bekerja sama dengan WowWee Robopanda berjaya menciptakan sebuah robot com…
  • Wanita tertelan tikus dalam sandwic LONDON: Apabila seorang ibu dua anak menggigit sandwic ayam yang dicampur dengan bakon dan salad yang dibeli dari …
  • 2 reaktor nuklear Korea Selatan ditutupSEOUL: Dua reaktor nuklear Korea Selatan 1,000 megawatt ditutup hari ini di dua loji janakuasa nuklear berasingan beriku…
  • Pelanggan Tesco cecah 65 jutaTESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd sebagai salah satu peruncit moden menyediakan platform kepada pengeluar tempatan Malaysi…
  • Neelofa - Biar masa menentukanPROFESIONALISME dan disiplin kerja pelakon juga pengacara muda berbakat besar, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih mesra d…
0 Komentar untuk "Datuk popular selepas peraga fesyen wanita"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info