Ferrari pernah dimiliki Ronaldo dilelong

LONDON - Sebuah kereta sport Ferrari 599 GTB Fiorano yang pernah dimiliki bintang bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo ditawarkan untuk dijual pada harga £40,000 (RM196,155), lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Ronaldo, 27, membeli kereta itu dengan harga £200,000 (RM980,775) pada tahun 2008.
Nilainya jatuh merudum kerana bahagian hadapan kereta itu remuk selepas ia merempuh dinding sebuah terowong pada 9 Januari 2009 dekat Lapangan Terbang Manchester di Manchester.
Ronaldo hilang kawalan semasa dia memandu kereta itu semasa dalam perjalanan untuk berlatih dengan rakan-rakan pasukan kelab Manchester United.
Keretanya merempuh penghadang jalan sebelum melanggar dinding terowong itu.
Kereta sport berwarna merah itu kini disimpan di pekarangan sebuah syarikat pengedar kereta di Duppigheim, Perancis.
Kereta itu menggunakan enjin V12 dan mampu mencecah kelajuan sehingga 330 kilometer sejam. - Agensi


Related Post

  • FAM tawar gaji RM59,000Panas lagi isu bolasepak negara apabila di katakan FAM sanggup bayar gaji RM59k kepada jurulatih luar untuk bimbing skud…
  • Laman web ajar buat senjataBelajar buat senjara secara online je? Wow macam-macam sekarang ni, penjahat pun pandai gak cari info-info macam nih. Te…
  • Raja Swaziland bakal berkahwin buat kali ke-14 Kahwin kai ke 14 woooo. Kat Malaysia mungkin tak berlaku cam nih, tapi kalau kat luar negara macam-macam ada, kahwin …
  • e-Bayaran LHDN Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melancarkan Promosi Perkhidmatan Bayaran Secara Elektronik (e-Bayaran) dala…
  • Amri Yahyah jadi duta HabibGoool goool dan goool. Camtu lah aku tengok bola semalam, 3 gol kena lah 3 kali sorak kan. Semangat kemain tengok Pestab…
0 Komentar untuk "Ferrari pernah dimiliki Ronaldo dilelong"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info