Skrin tablet Surface mudah rosak

NEW YORK 11 Nov. - Usaha Microsoft dengan mengeluarkan tablet terbarunya Surface, untuk menyaingi iPad keluaran Apple mungkin gagal kerana gajet itu tidak berfungsi dengan baik.
Pengguna yang membeli Surface melahirkan kekecewaan kerana penutup skrin gajet itu mudah rosak selepas beberapa hari digunakan.
 
Akhbar Guardian melaporkan sejumlah pembeli termasuk penulis teknologi dan pembangunan melaporkan skrin terpisah dan mendedahkan wayar di bahagian dalam tablet.
''Penutup tablet yang bersambung dengan skrin terkopek, ia kelihatan longgar dan buruk.
''Saya bimbang kerosakan ini akan bertambah teruk jika saya terus menggunakannya,'' kata seorang pembeli dalam ruangan forum produk tersebut.
 
Tidak dapat dipastikan sama ada masalah itu berlaku hanya membabitkan sejumlah kecil tablet itu atau satu isu besar yang akan menjadi lebih ketara apabila lebih ramai orang menggunakan Surface.
Malah, pengguna di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) yang melaporkan kerosakan sama berpendapat kerosakan itu bukan melibatkan pengeluaran pertama gajet tersebut.
 
Mirosoft enggan mengulas mengenai berapa banyak aduan yang diterima oleh mereka.
''Microsoft akan berusaha untuk memastikan pelanggan mendapat produk yang berkualiti tinggi,'' katanya kepada CNET. - AGENSI


Related Post

  • Nissan AlmeraJIKA satu ketika dahulu rakyat negara ini begitu meminati dan teruja dengan kehadiran Nissan Sunny 130Y, nostalgia itu d…
  • Penyamun takut dikesan GPSKAJANG: Bimbang jejak mereka dikesan polis selepas menyedari terdapat alat sistem pengesanan global (GPS) dalam kereta y…
  • Fenomena Halo tarik perhatianSHAH ALAM: Orang ramai di sekitar bandar raya ini dan Lembah Klang tidak perlu bimbang dengan satu fenomena dengan lingk…
  • 250 pemandu teksi mogokSESAK...pemandu teksi menutup laluan ketika mogok di Jalan Bukit Bintang, semalam. KUALA LUMPUR: Tidak puas hati den…
  • Produk CKD pertama Subaru AWAL Julai lalu, pengeluar kenderaan jenama Subaru iaitu Fuji Heavy Industries Ltd. (FHI) di Jepun memeterai satu perjan…
0 Komentar untuk "Skrin tablet Surface mudah rosak"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info