AES: 83 dihadap ke mahkamah

KUALA LUMPUR 10 Dis. — Seramai 83 pemandu yang gagal menjelaskan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) atas kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang dan Mahkamah Sesyen Sepang, dekat sini hari ini.
 
Sejumlah 58 daripada mereka dituduh di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhammad di Mahkamah Kajang sementara baki 25 orang didakwa di hadapan Hakim Ahmad Fairuz Mohd. Fuzi di Sepang.
Daripada jumlah itu, 50 pemandu yang mengaku bersalah dikenakan denda antara RM300 dan RM350 seorang atau penjara 10 hari manakala bagi 20 lagi yang mengaku tidak bersalah, mahkamah menetapkan tarikh untuk sebutan semula.
 
Sementara itu, lapan pemandu lain memohon satu tarikh sebutan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Lima pemandu lagi dibebaskan dengan amaran selepas mahkamah mempertimbangkan rayuan mereka.


Related Post

  • Otak ZombiLondon: Graham Harrison, 57, yakin dia sudah mati walaupun gagal dalam cubaan membunuh diri.Keyakinan itu begitu mendala…
  • Tumpang kasih pada anak patung beruangLondon: Seekor anak kuda yang kehilangan ibu kini bergantung kepada anak patung beruang untuk mendapatkan kasih sayang.B…
  • Banyak punca enjin matiKesukaran menghidupkan enjin selepas ia panas berpunca daripada pelarasan karburetor yang kurang tepat atau suapan bahan…
  • Gambar tunang Fouziah GousSebentar tadi telah berlangsungnya majlis pertunangan pelakon kacukan Pakistan-Cina-Melayu, Fouziah Gous, 30 dan kekasih…
  • Gambar isteri Izzue IslamSHAH ALAM: Pelakon dan anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam selamat bergelar suami kepada pengurusnya sendiri iaitu …
0 Komentar untuk "AES: 83 dihadap ke mahkamah"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info