Doa Wan Zack iringi perjuangan Harimau Malaya

HANYA doa yang mampu diungkapkan Wan Zack Haikal Wan Nor (gambar) bagi mengiringi perjuangan Harimau Malaya menjelang pertemuan menentang Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Selepas tampil cemerlang membantu Harimau Malaya menyambar slot ke separuh akhir, Wan Zack terpaksa menerima hakikat melupakan aksi separuh akhir gara-gara kecederaan otot paha kanan yang terkoyak ketika menjalani latihan baru-baru ini.
 
Lebih merobek hati Wan Zack, skrip yang lebih kurang sama juga pernah dialaminya ketika final temasya Sukan SEA tahun lalu yang menyaksikan Harimau Muda berjaya mempertahankan pingat emas.
"Sudah tentu saya kecewa apabila sekali lagi terpaksa diketepikan selepas menghadapi episod yang sama pada Sukan SEA tahun lalu.
"Justeru, saya berdoa supaya rakan-rakan dapat mengatasi Thailand sekali gus mara ke final," katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.
Wan Zack memberitahu, dia juga belum pasti sama ada dapat diturunkan ketika berdepan Thailand di Stadium Supachalasai, Bangkok 13 Disember depan.
"Saya harap dapat bertemu semula Singapura di final bagi melunas dendam tertunggak apabila kami tewas 0-3 di peringkat kumpulan sebelum ini.
 
"Cuma pada masa sama, saya yakin rakan-rakan sepasukan sedar misi menewaskan Thailand terlebih dahulu sememangnya lebih penting sebelum kami mencongak lawan di final," katanya.
Dalam pada itu, penjaga gol negara, Farizal Marlias enggan gawang negara dibolosi jentera serangan Thailand jika mendapat kepercayaan jurulatih, Datuk K. Rajagobal untuk diturunkan malam ini.
"Saya tidak mahu Thailand memperoleh gol di tempat lawan sebagai bekalan selesa ketika kembali membuat perhitungan di Bangkok.
"Kami perlu berhati-hati berdepan lawan yang kuat seperti Thailand, namun pada masa sama jangan terlalu gentar sehingga menjejaskan rentak pasukan," katanya.


Related Post

  • Pengadil punya halKuala Lumpur: Pergaduhan membabitkan pemain Selangor dan Tentera ketika aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah A…
  • Harimau Muda A Menang Lagi, Hebat Juga geng nih...KUALA LUMPUR — Pasukan Harimau Muda A mencatatkan kemenangan kedua dalam Jelajah Australia 2013 apabila mengalahkan kela…
  • Ayah berhati setanKangar: Sukar digambarkan penderitaan mental dan fizikal seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dari Utan Aji, di sin…
  • Apek mengaummm... aummm.. aummmADA pesanan penting yang mahu disampaikan penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat kepada rakan-rakan sepasukan…
  • iPad jadi laptopSYARIKAT aksesori, ClamCase mengumumkan ClamCase Pro iaitu papan kekunci untuk iPad yang direka semula penuh dengan ciri…
0 Komentar untuk "Doa Wan Zack iringi perjuangan Harimau Malaya"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info