Hospital Shah Alam beroperasi tahun depan

SHAH ALAM — Bangunan utama Hospital Shah Alam di Seksyen 7 di sini telah siap sepenuhnya dan dijangka boleh beroperasi pada Oktober tahun depan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.
Beliau berkata, pada masa ini kerja-kerja menyiapkan kuarters serta aspek teknikal dan mekanikal pada bangunan hospital sedang dijalankan.
Bagi memastikan hospital itu dapat siap dan beroperasi sepenuhnya mengikut tarikh yang ditetapkan, kementerian menghantar satu pasukan khas bagi membantu kontraktor, katanya kepada pemberita selepas meninjau projek itu, hari ini.
 
Projek pembinaan Hospital Shah Alam dengan kos kontrak RM482.6 juta dimulakan pada 15 November 2007 dan sepatutnya siap pada 25 Jun 2011.
Namun, projek itu tergendala selepas kontraktor terbabit gagal melaksanakannya.
Mengulas lanjut, Shaziman berkata, kerja pembinaan dijalankan oleh kira-kira 750 pekerja.
Dalam pada itu, Shaziman berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) memberi jaminan semua projek hospital dan klinik kesihatan yang dalam pembinaan di bawah kendalian agensi itu akan disiapkan mengikut jadual. —BERNAMA


Related Post

  • Filem The Hobbit kekal box-officeLOS ANGELES - Filem The Hobbit: An Unexpected Journey menduduki tempat pertama buat kali ketiga berturut-turut selepas m…
  • Penduduk Kemboja berusaha selamatkan ikan lumba-lumbaKRATIE - Para pengawal sungai Kemboja berusaha menyelamatkan kehidupan ikan lumba-lumba dengan melakukan rondaan di Sung…
  • KUALA LUMPUR 31 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) membayar ganti …
  • Cedera tercucuk jarum tukang jahitKUALA LUMPUR - Hasrat tiga sahabat untuk bergaya dengan baju kurung yang ditempah daripada seorang peniaga menerusi lama…
  • Guru wanita tiada masalah kewanganSATU kajian yang dijalankan bagi mengukur tahap kewangan guru wanita di negara ini mendapati tahap kesukaran kewangan go…
0 Komentar untuk "Hospital Shah Alam beroperasi tahun depan"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info