35 perkataan dilarang diguna bukan Islam di Pahang

PEKAN 15 Jan. - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) sejak 24 tahun lalu telah menyenaraikan 35 perkataan dan perbahasaan yang tidak boleh dikaitkan dengan agama lain kecuali Islam.
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, semua perkataan dan perbahasan tersebut termaktub dalam Seksyen 9, Enakmen 5 Tahun 1989 di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama bukan Islam.
 
Seharusnya perkara itu jelas dan tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak kerana perkataan serta perbahasan tersebut termasuk kalimah Allah dilulus dan diwartakan oleh Dewan Undangan Negeri pada 13 Mac 1989.
Perkataan yang tidak boleh dikaitkan dengan agama lain ialah Allah, firman Allah, ulama, hadis, ibadat, kaabah, kadi, ilahi, wahyu, mubaligh, syariah, kiblat, haj, mufti, rasul, iman, dakwah, injil, solat, khalifah, wali, fatwa, khutbah, nabi dan tabligh.
 
Manakala perbahasan ialah Subhanallah, Alhamdulilah, Lailahaillah, Walillailhamd, Allahu Akbar, Insya Allah, Astagfirullahal Azim, Tabaraka Allah, Masya Allah dan Lahaula Walaquata Illabilahilaliyil Azim," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.


Related Post

  • Ubat 'Sheng Chang' diharamkanKUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengharamkan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk tradisional Jin Fei Cao San…
  • Neelofa - Biar masa menentukanPROFESIONALISME dan disiplin kerja pelakon juga pengacara muda berbakat besar, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih mesra d…
  • Tunang penipu kena 4 sebatanALOR GAJAH: Gara-gara memperdaya bekas tunangnya dengan melarikan kereta dan barangan bernilai lebih RM60,000, seorang l…
  • 'Ulat' Arab samsengKEHADIRAN 'ulat Arab' yang dikesan aktif mencuri pelanggan terutama kalangan pemandu teksi tempatan secara ugutan menggu…
  • 2 reaktor nuklear Korea Selatan ditutupSEOUL: Dua reaktor nuklear Korea Selatan 1,000 megawatt ditutup hari ini di dua loji janakuasa nuklear berasingan beriku…
0 Komentar untuk "35 perkataan dilarang diguna bukan Islam di Pahang"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info