Filem kisah Steve Job Apple ditayang April

SAN FRANCISCO: Filem pertama mengenai kehidupan lagenda pengasas Apple, Steve Jobs yang berjudul "jOBS" akan dikeluarkan untuk tayangan pada April depan.

Filem berkenaan akan menampilkan pelakon Ashton Kutcher sebagai Jobs, yang meninggal dunia pada 2011.
Ia akan mula ditayangkan untuk pratonton hujung bulan ini sempena malam penutup Festival Filem Sundance, demikian menurut pengedar tunggal filem, Open Road Films.

Filem karangan Matthew Whitely dan diarahkan oleh Joshua Michael Stern, "jOBS" lebih memberi fokus kepada kehidupan pengasas Apple itu dari 1971 hingga 2000. - AFP


0 Komentar untuk "Filem kisah Steve Job Apple ditayang April"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info