Mati kerana katak

Rawang: Akibat terperanjat melihat seekor katak dalam keretanya, seorang guru yang memandu panik menyebabkan kenderaannya hilang kawalan, lalu merempuh sebatang pokok menyebabkan dia maut, seorang anaknya parah manakala seorang lagi anaknya patah kaki.
Dalam kejadian jam 5.30 petang di Jalan Kota Puteri berhadapan kolam pancing Batu Arang, Jumaat lalu itu, guru berkenaan yang memandu Proton Exora dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat sesi mengajar.
Mangsa, Moey Yin, 36, maut di tempat kejadian akibat parah di dada manakala dua anaknya termasuk seorang parah.

Anak perempuan mangsa, Lee Jet Yu, berusia sembilan tahun, belum sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh, manakala adik lelakinya, Lee Jet Yang, berusia lapan tahun, dilaporkan stabil, tetapi patah kaki kiri.
Foto
KATAK yang ditemui dalam kereta mangsa.

Difahamkan, anak lelaki mangsa yang baru tersedar dari koma pagi semalam memaklumkan ibunya gagal mengawal kenderaan selepas terkejut melihat seekor katak berada dalam kereta.


Related Post

  • Kapal Jepun, Taiwan bertempurTOKYO 25 Sept. - Kapal-kapal pengawal pantai Jepun dan Taiwan bertempur menggunakan meriam air hari ini, selepas berpulu…
  • Qada tinggal solat 10 tahunSETIAP umat Islam hendaklah menjaga solat pada setiap hari dan masa. Meninggalkan solat dikira berdosa besar. Sesiapa ya…
  • Sazali dinobat Mr. Asia kali kelapanSEPANG - Badang Malaysia, Sazali Samad terus mengharumkan nama negara di pentas dunia setelah dinobatkan Mr. Asia kali k…
  • Tebar roti canai sara anak sakit kronikSEMENYIH 23 Sept. - Seorang bapa, Hamri Ali, 41, merayu orang ramai menghulurkan sumbangan untuk dia menampung kos rawat…
  • Ular berkepala 2 ditemuiSOUTH CAROLINA 25 Sept. - Seekor ular kecil berkepala dua ditemui oleh sebuah keluarga di rumah mereka di sini, kira-kir…
0 Komentar untuk "Mati kerana katak"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info