Naik teksi guna iPhone, Android

Penumpang di Lembah Klang kini boleh membuat tempahan teksi secara dalam talian melalui iPhone dan telefon mudah alih pintar Android.
Sistem tempahan teksi dalam talian dan sistem kedudukan global (GPS) itu dikendalikan syarikat Sunlight Unicablink.


Sistem itu akan membolehkan syarikat teksi menyediakan perkhidmatan lebih selesa, cepat dan cekap.

Teksi yang dilengkapi dengan GPS membolehkan ia mengesan penumpang dan menjadikan pemanduan lebih mudah. Sunlight Unicablink ketika ini mempunyai sekitar 3,000 teksi dan 1,000 sudah dipasang sistem ini.

Pengarah Eksekutif Sunlight Unicablink, Choi Wei Yee, berkata 1,000 lagi teksi akan menggunakannya menjelang akhir tahun ini. Pemandu teksi membayar RM180 sebulan untuk sistem ini.

Penggunaan sistem ini dapat membantu meningkatkan pendapatan pemandu teksi sebanyak 50 peratus kerana mereka tidak lagi perlu memandu untuk mencari penumpang atau bersaing dengan pemandu teksi lain.
INFO: Unicablink
− Dikendalikan syarikat Sunlight Unicablink.
− Penggunaan sistem ini dapat membantu meningkatkan pendapatan pemandu teksi sebanyak 50 peratus.


Related Post

  • Kelantan yakinKELANTAN cukup optimis untuk melangkah ke pusingan separuh akhir kempen Piala Malaysia 2012. Malam ini, mereka bakal me…
  • Raja, rasional sikit!Bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Hassan (kiri) berpendapat pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal wajar 'mele…
  • Ketua Eksekutif Yahoo! timang cahaya mataSAN FRANCISCO - Ketua Eksekutif Yahoo!, Marissa Mayer selamat melahirkan seorang bayi lelaki, umum suami wanita itu mene…
  • Runtuhan al-Aqsa jenayah YahudiDEWAN Auditorium D8, Putrajaya dipenuhi kira-kira 500 umat Islam yang mahu melihat secara dekat dan mendengar amanat Pre…
  • Juruhebah radio diculik 4 jamJOHOR BAHRU – Seorang juruhebah radio Johor melalui detik-detik cemas selama empat jam apabila dia diculik dan diugut un…
0 Komentar untuk "Naik teksi guna iPhone, Android"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info