Sanggup datang dari jauh, lepas rindu

KLUANG -  Tidak serik-serik. Wanita yang pernah ditangkap Pejabat Agama Islam Johor pada tahun lalu atas kesalahan berkhalwat, sekali lagi dicekup ketika sedang memadu kasih selepas meraikan majlis hari jadi di sebuah hotel di Jalan Mengkibol, di sini, awal pagi kelmarin.

Sebelum itu, wanita berkenaan  sempat menyambut hari jadi teman lelakinya yang ke-22 di sebuah restoran makanan segera di bandar Kluang.

Lelaki yang berasal dari Melaka itu sanggup datang ke Kluang semata-mata ingin menyambut hari lahirnya dan melepaskan rindu dengan teman wanitanya yang jarang ditemui kerana bekerja di sebuah pasar raya di bandar Kluang.

Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor cawangan Kluang, Anuar Kosnin, berkata, sewaktu serbuan dijalankan kira-kira jam 1.15 pagi pasukan penguat kuasa terpaksa menunggu lebih kurang lima minit untuk pasangan berkenaan membuka pintu hotel.

"Apabila pintu dibuka hanya lelaki sahaja yang ada manakala si wanita menyembunyikan diri dalam bilik air dalam keadaan berkemban dengan harapan untuk menyelamatkan diri daripada ditahan.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati wanita yang ditahan itu pernah ditangkap oleh Pejabat Agama Islam Johor pada tahun lepas di kawasan Perumahan Jalan Haji Manan, Kluang tetapi bersama dengan lelaki lain," katanya.

Anuar berkata, hukuman dan denda yang dikenakan ke atas wanita itu tidak pernah dijadikan tauladan tetapi masih mengulangi kesalahan yang sama iaitu berkhalwat.

"Bagaimanapun, pasangan berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (a) & (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997, yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan," katanya.

Operasi bersepadu itu berakhir sekitar jam 5 pagi dan  melibatkan lima daerah Jabatan Agama Islam Johor iaitu Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru dan Kluang, disertai tiga anggota Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Kem Mahkota Kluang.


Related Post

  • Beri gambaran awal kepada anakSetiap kali penggal baru persekolahan bermula, pasti berlaku perubahan kepada anak-anak sama ada bersekolah di tempat ba…
  • Fahami rebat cukaiSAYA difahamkan bahawa di Malaysia, setiap individu Muslim yang menunaikan kewajipan pembayaran zakat berhak memperoleh …
  • Penjualan rokok elektronik salahKUCHING 7 Jan - Menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik, e-Cigarette adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun…
  • Sotong gergasi di dedah saintisTOKYO - Beberapa saintis menyatakan mereka berjaya merakamkan gambar seekor sotong gergasi sepanjang kira-kira lapan met…
  • Galaxy S IV - Samsung makin power Seoul: Samsung Electronics Co Ltd dijangka melebarkan lagi penguasaannya dalam segmen telefon pintar global mener…
0 Komentar untuk "Sanggup datang dari jauh, lepas rindu"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info