AS hantar pesawat kalis radar

SEOUL - Tentera Amerika Syarikat (AS) menyatakan, sebanyak dua buah pesawat pengebom nuklear B-2 Stealth terbang di ruang udara Korea Selatan semalam.
Penghantaran pesawat itu adalah bagi memberi mesej kepada Korea Utara bahawa AS komited untuk mempertahankan Korea Selatan daripada sebarang serangan.
Pesawat-pesawat yang tidak boleh dikesan dengan radar itu dibuat selepas Korea Utara memutuskan talian komunikasinya dengan Korea Selatan.
Roket-roket milik Korea Utara juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk menyerang pangkalan-pangkalan AS di rantau Pasifik.
 
Tindakan Korea Utara itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melakukan sekatan barang mewah ke negara itu selepas rejim Pyongyang melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan Februari lalu.
Pesawat-pesawat B-2 Stealth itu berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Whiteman di Missouri.
Ia terbang sejauh 20,800 kilometer ke Korea Selatan.
Menurut Tentera AS dalam satu kenyataan, sebutir bom palsu digugurkan dari pesawat itu di sebuah lokasi di selatan Korea Selatan sebagai sebahagian daripada latihan ketenteraan.
Kedua-dua pesawat itu menyertai latihan ketenteraan dengan tentera Korea Selatan yang telah mencetuskan kemarahan Korea Utara.
 
Korea Utara yang dipimpin Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an selepas kematian bapanya, Kim Jong-il pada April tahun lalu mengancam untuk melancarkan Perang Korea Kedua dan serangan nuklear ke atas Korea Selatan dan AS.


Related Post

  • Balotelli penyelamat MilanMilan: Penyerang sensasi, Mario Balotelli meneruskan persembahan hebat dalam penampilan semula di Serie A apabila meled…
  • Psy kena ancamPerai: Kawalan ketat dan langkah keselamatan terpaksa diambil polis selepas menerima maklumat mengenai ancaman terhadap …
  • Hadiah AS$1j tangkap pembunuhLos Angeles: Hadiah AS$1 juta (RM3 juta) ditawarkan, semalam kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat hingga tertangka…
  • GAMBAR - Taring harimau hampir terbenam di leherGua Musang: "Sepanjang 15 minit bergelut dengan haiwan itu, saya hanya ingat mati, malah hampir pengsan menahan sakit ak…
  • Neelofa terharu diperdayaTATKALA majlis kejutan hari jadi ini diadakan di Fullhouse, Sunway Giza, Kota Damansara, pada Khamis yang lalu, ia diatu…
0 Komentar untuk "AS hantar pesawat kalis radar"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info