KUALA LUMPUR 17 April - Sebanyak 19,575 kes bankrap didaftar Jabatan Insolvensi sepanjang tahun lalu iaitu, peningkatan sebanyak 408 kes berbanding tahun sebelumnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, sehingga Mac tahun ini pula, jabatan itu telah mendaftarkan sejumlah 4,925 kes kebankrapan.
"Kes-kes kebankrapan ini kita golongkan kepada beberapa kelompok usia iaitu antara 35 hingga 44 tahun, 45 hingga 54 tahun, 25 hingga 34 tahun, 55 tahun ke atas dan 25 tahun ke bawah.
"Bagi kelompok 25 tahun ke bawah, seramai 171 orang diisytihar bankrap pada 2011 tetapi menurun kepada 130 orang, tahun lalu manakala setakat Mac tahun ini, 54 orang dikenakan tindakan sama," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan 1Malaysia Fix Capital Xcess (1MFX) Program Res-Q : Peluang Kedua Untuk Atasi Bankrap di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen, di sini hari ini.
1MFX bertujuan untuk menyediakan rangkaian pengurusan kewangan secara profesional dan menguruskan isu kebankrapan dengan berorientasikan khidmat pelanggan sepenuhnya.
Misi 1MFX adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik bermula dari pelan penyelesaian yang lebih realistik, strategi pembayaran balik hutang sehingga ke platform pengurusan kes
0 Komentar untuk "19,575 kes bankrap didaftar pada 2012"
Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...