Cara penipuan internet di buat

Kuching: Polis menahan 84 warga China dan Taiwan yang disyaki terbabit dalam kegiatan penipuan internet membabitkan kerugian lebih RM4 bilion dalam dua serbuan berasingan, di sini, semalam.

Sindiket antarabangsa itu dipercayai menjadikan negara ini sebagai pusat panggilan dan menjadikan pelanggan dari China dan Taiwan sebagai sasaran utama kegiatan terbabit.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata serbuan di rumah mewah di Jalan Rock dan Jalan Bampyfield itu dibuat hasil maklumat pihak berkuasa dari dua negara itu dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.
Sindiket tipu internet tumpas

Lokasi perumahan lit

Katanya, sindiket yang turut membabitkan tiga warga tempatan berusia antara 20 hingga 30 tahun itu berselindung di sebalik imej kawasan perumahan elit bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Berdasarkan maklumat, dua lokasi ini dijadikan pusat panggilan dengan warga asing yang menyamar akan menghubungi pelanggan di China dan Taiwan bagi memaklumkan terdapat masalah dengan akaun bank mereka.

Pelanggan kemudian diarahkan memindahkan wang terbabit ke akaun khas di negara terbabit dan pelanggan yang kemudian disedari ditipu gagal menghubungi semula pusat panggilan berkenaan, katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.
Pihak berkuasa China dan Taiwan memaklumkan tahun lalu saja, sindiket terbabit menyebabkan kerugian kira-kira RM4 bilion kepada ratusan mangsa tidak termasuk jumlah kerugian pada tahun ini.

Difahamkan, sindiket sama pernah menjadikan Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu sebagai pusat operasi mereka namun berjaya ditumpaskan polis sebelum operasi dipindahkan ke Kuching sejak Februari lalu.

Kerjasama risikan

Acryl Sani berkata, Malaysia dijadikan sasaran bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa negara masing-masing, namun hasil kerjasama risikan bersama sindiket terbabit berjaya ditumpaskan.

Semua warga asing berusia antara 20-an dan 40-an akan ditahan sementara di sini sebelum mereka akan dibawa pulang ke negara masing-masing bagi proses pendakwaan di sana.

Penahanan tiga warga tempatan menyebabkan polis yakin ada lagi rakyat Malaysia yang terbabit dalam sindiket ini dan selain menjadikan rakyat kita sebagai sasaran mereka, katanya.


Related Post

0 Komentar untuk "Cara penipuan internet di buat"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info