Lelaki Jepun didakwa cuba seludup cicak

Aku ni dah macam pemburu cicak plak sebab suka sangat cari info pasal cicak nih. Kali ni pasal cicak shingleback plak, hari tu cicak tokek kan yang maha besar tuh. Jom layan citer aku petik dari kosmo ni. 
Dua lelaki Jepun didakwa semalam kerana cuba menyeludup 30 ekor cicak keluar dari Australia. Penyeludupan itu cuba dilakukan ekoran harga jualan semasa yang tinggi ditawarkan di pasaran gelap di Asia.


Pasukan Kastam dan Jabatan Perlindungan Sempadan Australia berkata, bagasi suspek yang berusia 38 dan 33 tahun itu diperiksa apabila mereka didapati kerap memasuki Lapangan Terbang Antarabangsa Perth di sini.
Dalam satu pemeriksaan X-ray, pegawai pemeriksa menemui 28 cicak shingleback, seekor cicak yang tidak dikenali jenisnya dan seekor cicak naga.
Seorang penyiasat kanan Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar Barat Australia, Rick Dawson memberitahu, rampasan itu bernilai lebih AS$122,000 (RM393,738).
"Kebanyakan cicak ini sangat dikehendaki di Asia. Ini kerana reptilia tersebut sangat senang dijaga, selain menarik dan eksotik," katanya.
Jika sabit kesalahan, kedua-dua lelaki tersebut boleh dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun dan denda sehingga AS$159,241 (RM513,928).


0 Komentar untuk "Lelaki Jepun didakwa cuba seludup cicak"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info