Dunia kereta makin hangat tahun nih. Selepas toyota kenalkan model vios baru 2013, proton dengan proton Suprima S nya, dan sebulan dua nih, Mitsubishi dengan model Attrage 1.2 liter 4 varians yang di import sepenuhnya dari Thailand. Banyak pulak kereta di buat dari Thailand, Toyota Altis pun dari Thailand jugak. Harga atas jalan spec paling rendah Mitsubishi Attrage ni hanya rm59 000, wow.. murah ni kan tapi performance pun takde le power cam lancer, dah harga pun murah kan.
Gambar Mitsubishi Attrage 2013
Aku kalau tulis pasal kereta ni, mesti nak tengok gambar kan. Gambar ni aku ambil yang terbaik sahaja daripada beberapa blog kereta tanpa minta kebenaran... hohoho. Silahkan tengok gambar kereta Mitsubishi Attrage ni, tenung-tenung, pikir-pikir kalau dalam bajet, boleh je try order. Bila lagi nak merasa kereta Mitsubishi kan.
Antara tarikan utama Mitsubishi Attrage ialah ia dikuasakan enjin moden 1.2 liter tiga silinder MIVEC dengan kuasa 80PS dan 106Nm tork maksimum, di mana enjin tersebut terbukti cekap dalam penggunaan petrol. Pada kadar 21km per liter, Attrage didakwa sebagai sebuah model sedan paling cekap penggunaan bahan apinya di Malaysia apabila dilancarkan kelak.
Menurut MMM, nama 'Attrage' terhasil daripada perkataan 'attractive'. Untuk pasaran Malaysia, empat varian akan ditawarkan. Varian pertama iaitu GL akan dilengkapi transmisi manual lima kelajuan. Tiga varian lagi iaitu GL, GS dan SE tersedia dengan pilihan transmisi automatik INVECS-III CVT yang lancar.
Pe lagi, agak boleh, on je ler. Kalau belum cukup downpayment, silalah buat kerja sampingan ni.
0 Komentar untuk "Gambar Mitsubishi Attrage 2013"
Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...