Nur Khatijah kumpul sendiri duit syiling

AMPANG JAYA – Duit syiling RM64 yang digunakan untuk membayar yuran persekolahan agama Nur Khatijah Abdullah, 7, sebenarnya merupakan wang hasil tabungannya sendiri yang dikumpul sejak dari kecil.

Menurut neneknya, Shamsiah Yusoff, 55, Nur Khatijah yang mesra dipanggil Ijah memang minat menabung dan setiap kali menemui syiling walaupun satu sen, dia akan menyimpan wang itu.

"Kadang-kadang ada penduduk sekitar kawasan flat ini yang memberikan Ijah duit dan dia akan simpan sebab saya sering ingatkan Ijah duit itu boleh digunakan untuk keperluan sekolah.

"Sekarang dia sendiri memang suka menabung, bagi Ijah satu sen atau syiling berlubang sekalipun tetap akan dikutipnya kerana ia sangat bernilai," katanya ketika ditemui di rumahnya di Flat Taman Dagang, Ampang di sini semalam.


Nur Khatijah yang merupakan anak tunggal hidup bersama datuk dan neneknya mendapat perhatian masyarakat setelah Kosmo! dan media sosial melaporkan kesusahan yang mereka alami sehinggakan keluarga itu terpaksa membayar yuran persekolahan agamanya menggunakan duit syiling sebanyak RM64 kerana tidak mempunyai wang yang cukup.

Kanak-kanak itu kini tinggal dengan datuk dan neneknya setelah kematian ibu semasa dia berusia dua tahun, manakala bapanya menghadapi masalah sosial.

Jelas Shamsiah, dia amat terharu dengan sumbangan dan keprihatinan orang awam terhadap mereka sekeluarga.



0 Komentar untuk "Nur Khatijah kumpul sendiri duit syiling"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info