PMR pun sudah kan untuk adik-adik. Maka bermulalah kisah mencari tempat belajar yang best untuk masa depan, jangan silap pilih sebab ini akan menentukan masa depan kebanyakkan pelajar. Lepas PMR nak belajar mana? Ada yang terror masuk SBP dan Kolej Mara, serta yang malas sekolah skit ( hohoho) boleh gak masuk ke kolej vokasional dan sekolah menengah teknik. Kat sini best gak ooo... banyak belajar teknikal, takde le teori jer kan. Lagi satu, adik-adik kena perkuatkan bahasa english sebab makin tinggi belajar, makin banyak guna bahasa english nih. Ini untuk bagi keyakinan lebih skit dalam kelas.
Semakan keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014 secara online.
Bagi pelajar atau calon yang telah mengemukakan permohonan untuk ke tingkatan empat (4) sekolah teknik dan vokasional bagi sesi 2014, semakan keputusan kemasukan boleh diketahui mulai 13 Januari 2014.
Tarikh Semakan Keputusan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014
Terkini: Semakan keputusan kemasukan ke Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014 boleh disemak mulai 13 Januari 2014. Tarikh rasmi tersebut telah diumumkan menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Semakan Keputusan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014 Online
Semakan boleh dibuat secara online menerusi laman http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakan2014/
Rayuan Sekolah Teknik Dan Kolej Vokasional 2014
Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, calon boleh membuat rayuan. Rayuan boleh dibuat terus kepada Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional yang berkenaan. Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.
Secara jujurnya...
Kalau dah masuk kolej vokasional atau sekolah teknik, suasana dah lain. Jauh dari rumah, kawan-kawan baru. Dan salah satu cara nak menonjol di tempat baru dengan terror bahasa english. Korang boleh cuba buku belajar grammar english dalam bahasa melayu!
0 Komentar untuk "Semakan keputusan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014 secara online"
Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...