Peraturan Baru Baucar Buku BB1M Mulai 1 Mei 2014

Peraturan baru guna Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) mulai 1 Mei 2014. Kerajaan telah memutuskan bahawa syarat penggunaan BB1M akan diperketatkan mulai tarikh tersebut. Ini berikutan dari penyalahgunaan Baucar Buku seperti penukaran kepada wang tunai dan membeli barangan bukan akademik seperti alat elektronik dan sebagainya. Berikut adalah peraturan baru penggunaan BB1M kepada pelajar dan juga peniaga.


bb1m


Peraturan Baru Baucar Buku BB1M Mulai 1 Mei 2014 (Pelajar)

  • Pelajar hanya boleh membeli buku akademik, ilmiah, jurnal, peralatan tulis dan sebagainya atau berkaitan dengan bidang pengajian.
  • Pelajar tidak boleh menukar baucar kepada wang tunai atau dijual pada pihak ketiga.
  • Pelajar juga tidak boleh memiliki lebih dari 5 keping baucar buku.
  • Penyalahgunaan boleh dikenakan tindakatan undang-undang seksyen 403 kanun keseksaan atas salah guna harga dengan curang.

Peraturan Baru Baucar Buku BB1M Mulai 1 Mei 2014 (Kedai)

  • Mulai 1 Mei 2014, kedai wajib menampal poster " Baucar Buku BB1M Hanya Untuk Buku Akademik dan Peralatan Tulis Sahaja"
  • Tidak menjual bahan bukan akademik kepada pelajar.
  • Peniaga yang gagal mematuhi peraturan akan disenarai hitam dan tidak akan dibenarkan untuk menyertai program baucar buku selama tiga tahun berturut.


Related Post

  • Doktor cabul budakJOHOR BAHRU - Seorang doktor ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, semalam, bagi membantu siasat…
  • Manusia supersonikPADA lewat malam 15 Oktober lalu (waktu Malaysia), jutaan manusia di seluruh dunia tidak berkelip mata selama empat mini…
  • Nad Zainal jawab dakwaan diboikot wartawanTIDAK semena-mena nama pelakon yang semakin meningkat naik, Nad Zainal terpalit dengan kontroversi kononnya dia akan dip…
  • Pemuda Pas, Umno sokong kerjasamaALOR SETAR - Pemuda Pas Kedah mengharapkan kerjasama lebih luas dapat dijalinkan dengan Pemuda Umno yang bukan sahaja me…
  • Hikmah syurga, nerakaSEKALI sekala, bagaikan ada yang berbisik di telinga, otak saya tiba-tiba memikirkan pelbagai persoalan membabitkan keta…
0 Komentar untuk "Peraturan Baru Baucar Buku BB1M Mulai 1 Mei 2014"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info