Pesakit Dipindah Keluar Hospital Gara-Gara Bau Durian Yang Disangka Gas Bocor!

MELBOURNE – Bau durian menyebabkan para pesakit dipindahkan keluar dari sebuah hospital di sini.

Pasukan bomba di panggil ke Hospital swasta Mitcham di Doncaster East Road, Mitcham, kira-kira pukul 10 malam Isnin kerana bimbang berlaku kebocoran gas di sebuah daripada wad orang tua hospital itu.

Bagaimanapun Bomba Metropolitan (MFB) kemudian diberitahu bau pelik itu ialah daripada sebiji durian yang dipercayai dibawa sebagai buah tangan untuk seorang pesakit di situ.

"Terbit satu bau pelik di sini dan pihak hospital mulanya menganggap ia bagi sejenis gas lantas menelefon kami untuk bantuan, " kata seorang jurucakap MFB kepada Bernama.

"Pada mulanya kami tidak tahu namanya durian, tetapi seorang jurukamera tv yang tiba di tempat kejadian kenal akan jenis buah itu dan memberitahu kami mengenai bau yang menusuk itu. Kami biasa menerima aduan orang yang tersilap terbau sesuatu dan percaya ia bau gas," katanya.

Ketua Eksekutif Hospital Samantha Dodd enggan memberitahu sama ada pesakit itu seorang warga Malaysia atau Asia.

Pesakit Dipindah Keluar Hospital Gara-Gara Bau Durian Yang Disangka Gas Bocor!


"Kami biasanya tidak mendedahkan maklumat seperti itu," katanya.

Julai lepas, semua kakitangan di lantai sebuah ofis di pusat perniagaan daerah Sydney dikosongkan selepas terbau sejenis durian import yang sedang diuji para pegawai pertanian Malaysia mengenai kesegarannya, yang meresap masuk ke ruang pengudaraan, menyebabkan kakitangan di pejabat-pejabat berjiran, melarikan diri bimbang akan berlaku kebocoran gas.

Beberapa tahun lepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane diarah dikosongkan apabila seorang penumpang yang tiba dari Malaysia ditemui memiliki durian dalam bagasinya.



Related Post

  • Red Warriors hadapi masalah baruKota Bharu: Ketika masalah ketumpulan penyudah jentera serangan Kelantan masih menghantuinya, Bojan Hodak kini berdepan …
  • Amah lambung bayi direman KUANTAN – Seorang pembantu warga Indonesia ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes seoran…
  • Nilai kekayaan 40 individu RM195b Nilai kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia meningkat kepada RM194.86 bilion tahun ini, berbanding RM1…
  • Pengguna FB boleh promosi status rakanSAN FRANCISCO - Pengendali laman sosial Facebook kelmarin menyatakan, pihaknya kini membenarkan pengguna untuk membayar …
  • Gelombang ubah KelantanKUALA LUMPUR – Program Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil semalam mendapat sambutan heb…
0 Komentar untuk "Pesakit Dipindah Keluar Hospital Gara-Gara Bau Durian Yang Disangka Gas Bocor!"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info