Harga rumah Malaysia naik 8% pada suku pertama

HARGA rumah di Malaysia meningkat lapan peratus pada suku pertama 2014 berbanding suku yang sama tahun lepas.
 
Menurut Indeks Harga Rumah Knight Frank Global yang disiarkan hari ini, Malaysia menduduki tempat ke-15 antara 54 negara.
 
Dubai yang menduduki tangga teratas ranking tahunan buat suku keempat berturut-turut, mencatatkan pertumbuhan 27.7 peratus hingga akhir Mac, katanya dalam nota penyelidikannya.
 
Bagaimanapun, harga meningkat 3.4 peratus pada tiga bulan pertama 2014, berikutan fi pemindahan yang meningkat sekali ganda dan sekatan gadai janji memberi impak ke atas pasaran hartanah negara berkenaan.
 
Ketua Penyelidik Knight Frank bagi Asia Pasifik, Nicholas Holt berkata 14 negara merekodkan penurunan harga rumah tahun ke tahun berbanding 12 di Eropah manakala Singapura dan Jepun merupakan negara bukan Eropah.


 
"Langkah-langkah membendung spekulasi serta syarat pinjaman gadai janji yang lebih ketat membendung peningkatan harga di Singapura manakala di Jepun, 'Abenomics' belum menolak naik harga rumah ke jajaran positif," katanya. 
 
Beliau berkata : 'Kami menjangkakan melihat pengukuhan prestasi indeks pada suku kedua. Tumpuan kini kekal pada bank-bank pusat khususnya Rizab Persekutuan, Bank of England dan Bank Pusat Eropah.
 
"Isunya bukan bila kadar faedah akan naik tetapi kepantasan dan tahap ia boleh dilakukan".
 
Secara keseluruhannya, Indeks Harga Rumah Global meningkat buat lapan suku berturut-turut, namun kadar pertumbuhan harga perlahan di sepanjang tiga bulan pertama 2014.


Related Post

  • Nak curi kambing yaKota Bharu: Akibat cuba mencuri kambing milik jiran sekampung di kandang yang dilengkapi penggera dan kamera litar tertu…
  • Stereng bas tertanggalKuala Terengganu: Seorang pemandu bas sekolah membawa 30 pelajar berdepan detik cemas apabila stereng kenderaannya terta…
  • 67.4 peratus lulus STAM 2012Putrajaya: Seramai 3,925 calon atau 67.4 peratus calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) memperoleh sijil sekurang-kura…
  • Gosip IT: Z10 terdedah awalResearch in Motion (RIM) yang mengeluarkan BlackBerry sedaya upaya merahsiakan peranti baru mereka, Z10 yang dikatakan b…
  • Rajagobal perlekeh Badri"KENAPA tanya saya, beliau jurulatih, seharusnya beliau tahu pemain macam mana yang beliau mahu. Saya tak faham kenapa d…
0 Komentar untuk "Harga rumah Malaysia naik 8% pada suku pertama"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info