Kejadian tanah runtuh | Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa

 
Setakat ini pihak Sukarelawan dan Operasi Bertindak sedang berusaha untuk mengeluarkan baki mangsa dari kalangan Anak-Anak Yatim yang masih tertimbus.
Kelihatan beberapa Pemimpin Politik turut hadir melihat lokasi kejadian dan membantu pihak yang terlibat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dijangka akan turut hadir untuk melihat kawasan kejadian.
Sementara itu, beberapa tokoh politik telah mengucapkan takziah kepada Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa termasuklah dari pihak Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.
Al Fatihah buat seluruh mangsa dan juga Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat....Apa pun esok kita perlu bangunkan semula rumah buat anak anak Yatim ini.
 
"Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.

Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.

"Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.

Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.

Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.

Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.

Setakat ini, lima penghuni maut dan lapan pula cedera parah. Manakala 11 orang lagi belum di temui.

Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

"Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya. -BH

Sehingga waktu ini Gomo di fahamkan segala bantuan misi menyelamat terus di jalankan. Semoga 11 orang yang belum di temui selamat hendakNya. Amin
 
 
Satu lagi mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal dikeluarkan dari tapak kejadian tanah runtuh kira-kira jam 6.15 petang tadi.


Walaupun dalam hujan lebat, kerja menyelamat oleh pihak berkuasa masih diteruskan bagi mengeluarkan 15 mangsa yang tertimbus termasuk empat kakitangan pengurusan rumah berkenaan.


Setakat ini, seramai 9 orang telah berjaya dikeluarkan dengan tiga kanak-kanak terkorban dan enam cedera.


Kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan dan bedah siasat.


sementara itu pasukan DBKL telah menghantar 2 pasukan penyelamat ke tempat kejadian namun setakat ini juga kerajaan negeri di bawah PR masih belum bertindak dalam membantu mangsa yang terperangkap.


0 Komentar untuk "Kejadian tanah runtuh | Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info