Pantang Saya Berundur - Mat Sabu

 
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu tetap tidak berganjak dengan keputusan untuk terus bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PAS nanti.
Beliau mengulas mengenai ura-ura penarikan dirinya bagi memberikan laluan kepada Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut bertanding bagi jawatan kedua terpenting dalam parti.
Sebelum itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengesahkan menarik diri dari merebut jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS.
 
Sehingga ke hari ini, tinggal lagi calon yang bertanding termasuklah penyandang Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Exco Kelantan, Datuk Husam Musa dan Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
Bercakap kepada pemberita, beliau melahirkan keyakinan untuk menduduki kerusi tersebut berdasarkan kepada jumlah pencalonan yang tertinggi setakat ini.
 Walaubagaimanapun, beliau tidak meletakkan jumlah pencalonan tersebut sebagai kayu pengukur sebaliknya beliau menyerahkan mandat kepada perwakilan kerana mereka yang mengundi pada pemilihan itu.


0 Komentar untuk "Pantang Saya Berundur - Mat Sabu"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info