Sebab Justin Bieber Terbabit Kemalangan

LOS ANGELES – Bintang pop sensasi, Justin Bieber, terbabit dalam kemalangan ketika memandu kereta Ferrarinya di Los Angeles awal pagi tadi tetapi tiada sesiapa mengalami kecederaan.
 
Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), Rosario Herrera, berkata bintang Kanada itu sedang memandu Ferrari berwarna hitam apabila berlanggar dengan sebuah kereta Honda di tempat letak kenderaan bawah tanah.
 
"Justin Bieber memandu Ferrari dan kereta lain adalah Honda … tiada kecederaan dan kerosakan terhadap kedua-dua kereta," katanya, demikian menurut AFP.
 
Justin Bieber yang baru berusia 17 tahun itu adalah penghibur remaja paling kaya di Hollywood dengan pendapatan berjumlah AS$53 juta (RM159 juta) pada tahun lepas.
 
Beliau mengungguli senarai tahunan selebriti terkaya yang dikeluarkan majalah terkenal, People, sekali gus mengatasi bintang siri drama Hannah Montana, Miley Cyrus dan kekasihnya, Selena Gomez.
 
Perolehan penyanyi berkenaan naik mendadak selepas tayangan filem 3D lakonannya, Never Say Never dan hasil jualan minyak wangi, Someday.
Sementara itu, Bieber dikatakan pernah menghabiskan sejumlah AS$25,000 (RM75,000) untuk membeli seutas kalung dan turut mereka cipta barangan kemas bercirikan batu delima 12 karat dan batu permata.



Related Post

  • Teknik Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung Bisnes baju kurung. Baju kurung, ya baju kurung mesti korang tahukan. Ramai peniaga pakaian yang jual baju kurung. Kor…
  • Lenovo Vibe Z Lenovo Vibe Z smartphone with 5.50-inch 1080x1920 display powered by 2.2GHz processor alongside 2GB RAM and 13-megapix…
  • Lenovo A526 Lenovo A526 smartphone with 4.50-inch 480x854 display powered by 1.3GHz processor alongside 1GB RAM and 5-megapixe…
  • Cara Lulus Temuduga - Tip dan pengalaman Persiapan temuduga. Macam mana nak Berjaya dalam temuduga? Ramai yang seringkali pegi temuduga tetapi gagal teru…
  • Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan Tok Aman Bali Beach Resort Pasir Puteh Kelantan - Ini cerita cuti sekolah yang baru lepas. Saya dan keluarga habiskan …
0 Komentar untuk "Sebab Justin Bieber Terbabit Kemalangan"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info