Konsultan unit trust / unit trust
consultant. Ramai yang menjadi konsultan unit trust di Malaysia. Biasanya habis
belajar kat university dalam apa-apa bidang pun, bekerja dan buat secara part
time sebagai unit trust consultant.
Tetapi tidak ramai yang Berjaya menjadi
manager dalam unit trust, malah nak mencapai tahap supervisor pun tidak ramai.
Mengapa ini boleh berlaku. Bakpo, bakpo, bakpo kata ore kelate.
Dalam unit trust ni, Konsultan unit trust /
unit trust consultant kena mencari pelabur secara berterusan selain daripada
mengekal pelabur unit trust yang sama di mana setiap 3 bulan pelabur boleh
keluarkan duit epf untuk di labur dalam unit trust ni.
Yang sukarnya, nak cari pelabur baru.
Mula-mula biasanya ejen unit trust ni akan cari kenalan-kenalan nak offer
mereka untuk melabur, lama-lama
kawan-kawan dah habis di dekati dan tiba masa mencari pelabur-pelabur baru.
Dalam entry kali ni saya nak kongsikan cara unit trust consultant mencari pelabur baru secara online dengan bantuan
beberapa tools yang di gunakan untuk memasarkan produk-produk yang lain juga.
Panduan Konsultan Unit Trust Buat Sale Berganda
Apa yang saya nak kongsikan ini adalah
menyalahi undang-undang unit trust jika korang salah seorang ejen unit trust.
Ha ha. Takut kan, takpe. Korang boleh amalkan teknik-teknik ini dengan syarat
korang kena rahsia identiti supaya tidak di kesan oleh public mutual atau cimb
bank. Boleh buat.
Sebagai ejen unit trust, melalui promosi
secara online adalah salah dan korang boleh di kenakan pengantungan selama 3
bulan. Tetapi jika korang nak meningkat jumlah pelabur secara mendadak, korang
boleh cuba guna teknik yang saya kongsikan ni dengan syarat korang rahsia
identiti korang daripada unit trust tetapi pastikan bakal pelanggan boleh
menghubungi korang ikut email ke, telefon ke dan sebagainya.
Buat minisite unit trust – minisite ni
biasanya satu muka surat di mana korang tulis kat situh tentang unit trust
seperti kelebihannya, cara melabur, caj-caj yang di kenakan dan buat juga
perbandingan antara u nit trust seperti anatara unit trust public mutual dan
unit trust cimb. Korang juga boleh bandingkan pendapatan unit trust dengan
kwsp, mana lagi banyak. Ini memang bahaya kalau kwsp tahu tetapi seperti saya
ingatkan tadi, korang sembunyi identity korang daripada public mutual, cimb dan
kwsp. Pastikan hanya bakal klien sahaja boleh menghubungi korang. Hati-hati,
nanti ada yang menyamar. Cara nak buat minisite ni senang sahaja. Guna blogspot
pun boleh, tetap menawan. Boleh rujuk kat entry tentang buat minisite sendiri
di mana korang boleh buat banyak minisite sendiri untuk apa-apa produk pun
sebenarnya. Dalam kes ni produk korang ialah unit trust.
Iklankan minisite guna adwords – selepas
siap minisite korang, korang kena guna google adwords untuk pastikan minisite
korang berada di page satu google,confirm ni yer tak tipu. Minisite korang
boleh berada di page satu google dengan menggunakan keyword tertentu. Untuk
mendapat pelabur, korang pun kena melabur jugalah untuk belajar cara setting
google adwords ni supaya korang boleh jimatkan kos pengiklanan. Adwords ni
masih belum meluas lagi di gunakan dan inilah masanya korang boleh mendapat
tempat di page 1 google dalam unit trust. Adwords ni di mana korang bayar
google untuk pastikan minisite korang berada di page satu enjin carian google.
Korang hanya bayar google jika ada klien yang klik minisite korang. Jimat kan
sebab biasa yang klik minisite korang tuh memang dia nak cari info tentang unit
trust. Jika ayat minisite korang power, mungkin ini adalah salah seorang pelabur
unit trust korang. Korang boleh dapat info lanjut tentang cara guna adwords.
Info ringkas unit trust – kalau korang
konsultan unit trust yang baru, korang memang dahagakan info kan seperti dana
mana yang bagus untuk di cadangkan pada bakal klien, info nak jawab soalan
bakal klien nanti sebab korang kena tahu info ringkas unit trust ni supaya
korang senang nak buat sale nanti. Takkan nak harapkan senior je nak ajarkan,
info ringkas unit trust ni korang boleh dapatkan di minisite info terkini unit
trust.
Tiada jalan mudah untuk berjaya. Korang
ikuti langkah-langkah yang saya kongsikan ini, banyak kerja kena buat tuh
tetapi yang bagusnya, korang hanya buat kerja sekali sahaja. Selepas itu, korang
tunggu bakal klien hubungi korang dan sudah semestinya akan banyak soalan akan
di tanya nanti.
Selepas itu, korang aturkan perjumpaan
untuk penerangan lanjut dan juga isi
boring unit trust. Close deal dan korang dapat komisen bergantung kepada berapa
jumlah yang klien korang laburkan dalam unit trust.
0 Komentar untuk "Cara Mudah UTC Dapat Sale Secara Online"
Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...