Unit Trust - 2 Faktor Utama Keuntungan

Unit trust atau unit amanah merupakan salah satu cabang pelaburan yang hebat. Ada sesetengah daripada anda yang tidak biasa, mesti takut dengar unit trust kan. Takut unit trust ni macam MLM atau skim cepat kaya ker?

Tidak, unit trust seperti public mutual atau CIMB bukanlah skim cepat kaya. Memang terdapat ramai ejen unit trust di luar sana kerana mereka mendapat komisen apabila anda melabur dalam unit trust melalui mereka. Padahal, kalau anda tahu caranya, anda boleh melabur sendiri pun tanpa ejen unit trust.

Unit trust public mutual yang paling popular di Malaysia dan paling ramai pelabur. Kebanyakkan pelabur tidak faham tentang unit trust, main melabur sahaja tambah lagi kalau guna duit kwsp untuk di laburkan. Iya guna duit kwsp. Duit kwsp boleh di keluarkan untuk melabur dalam unit trust – ini di benarkan tetapi bukan semuanya, ada pengiraannya jumlah yang boleh di keluarkan.

Pelaburan Dalam Unit Trust


Ok, konsep unit trust ni senang sahaja – anda beli dana unit trust dan duit tu di gunakan oleh unit trust untuk membeli saham syarikat-syarikat berdaya maju  seperti maxis dan shell. Anda bukan beli direct saham tersebut sebab duit anda tak banyak. Jadi melalui unit trust, kesemuanya ramai orang akan beli dana yang sama, jadi duit terkumpul dalam dana tu jadi banyak dan digunakan untuk beli saham  tu tadi.

wealth-for-retirement


Cam tu jer konsep unit trust ni sama ada unit trust public mutual ataupun unit trust cimb bank. Cuma keuntungannya sahaja berlainan antara dana-dana yang berlainan sebab saham yang di beli adalah berlainan.

Cara Untung Lebih Dalam Unit Trust


Camne nak dapat untung maksimun dalam pelaburan unit trust? Mesti yang ni best kan kalau nak tahu. Sejujurnya takde sesiapa yang boleh ramalkan masa tepat untuk beli dan  keluar unit trust ni, ejen unit trust tu main agak-agak sahaja tak semestinya tepat.

Ada 2 faktor utama, pilih:

  • Dana yang sesuai – anda kena pilih dana yang sesuai sebab terdapat banyak dana dalam unit trust. Kalau untuk unit trust public mutual terdapat dana-dana popular seperti pidf, piogf dan banyak lagi. Bila anda dah melabur, anda akan di berikan 2 kali report setahun untuk tahu prestasi dana anda. Ejen unit trust akan terangkan kepada anda macam mana nak report tersebut.Tetapi, dana manakah yag sesuai untuk di beli.


  • Masa urusniaga – bila masa perlu beli unit baru dan bila  masa jual balik. Dalam unit trust, pelaburan adalah dalam jangka masa panjang iaitu lebih daripada 3 tahun. Kalau nak harapkan untung dalam masa pendek ( kurang dari 3 tahun ) jangan melabur dalam unit trust. Masa untuk beli dan jual ni kena ada ilmu dan pengalaman untuk tentukan. Kalau nak tahu lebih lanjut dan lebih tepat, cuba Tanya ejen unit trust yang berpengalaman atau pun ada alternative lain iaitu anda boleh baca Rahsia Unit Trust – boleh baca sebanyak mana yang anda suka hingga faham.


Cara Melabur Dalam Unit Trust

Senang sahaja nak melabur dalam unit trust seperti public mutual dan cimb. Anda kena isi dan sign beberapa boring yang menunjukkan jumlah pelaburan korang, dana mana yang anda nak beli dan juga berapa duit kwsp yang anda nak keluarkan untuk di laburkan dalam unit trust. Biasanya ejen unit trust minta anda sign je boring kosong dan akan di isi oleh ejen unit trust tersebut. Salah satu borangnya ialah boring untuk keluarkan duit daripada kwsp untuk beli dana unit trust.

Pemilik unit trust – public mutual contohnya, sangat takut dengan kwsp ni sebab mereka takut kwsp tak benarkan mereka keluarkan duit dari kwsp untuk di laburkan dalam unit trust. Jadi, macam-macam la peraturan yang di kenakan kepada ejen unit trust supaya tidak boleh menjatuhkan kreadibilit kwsp, contohnya seperti membanding keuntungan daripada unit trust dengan keuntungan kwsp.

Banyak info kalau nak kongsi tentang unit trust ni. Anda baca sendirilah di dalam rahsia unit trust 2015 ni. Semoga anda lebih bijak dalam pelaburan unit trust. Amin.


5 Komentar untuk "Unit Trust - 2 Faktor Utama Keuntungan"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info