Samsung Galaxy W Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM999

Setelah melancarkan Samsung Galaxy W pada bulan Ogos yang lepas, akhirnya kini peranti tersebut telah pun memasuki arena Malaysia, dimana para pengguna yang berminat untuk mendapatkan peranti tersebut dari pengedar rasmi Samsung seluruh negara pada harga RM999.
 
Melalui Samsung Galaxy W, ia membawakan cip pemprosesan 1.4GHz, skrin sentuh SLCD seluas 3.7-inci, kamera 5-megapixel dan juga menggunakan Android 2.3 Gingerbread bersama-sama dengannya.
 
Selain daripada Samsung Galaxy W, sebelum ini, Samsung turut sama memperkenalkan beberapa peranti baru pada bulan Ogos yang lepas, iaitu Galaxy Y, Galaxy Y Pro dan juga Galaxy M Pro. Ia masih lagi tidak diketahui bilakah peranti-peranti lain itu akan memasuki pasaran Malaysia.



Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Galaxy W Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM999"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info