KALI ini saya bawakan suatu kisah benar yang mengispirasikan. Kisah ini dibawakan oleh Money Magazine. Berkenaan kisah 'super savers' yakni rakyat Amerika yang mampu menyimpan 35% sehingga 60% daripada jumlah pendapatan tahunan mereka. Dimana Money Magazine telah menemubual individu yang terdiri daripada pasangan suami isteri dan perseorangan untuk mengetahui apakah rahsia mereka sehingga mampu membuat simpanan besar seperti itu. ![]() Seramai 100 telah ditemubual dan kesemua mereka ini sedang menuju ke arah kebebasan kewangan serta bakal mengecapi alam persaraan yang selesa hasil simpanan besar mereka. Mungkin ada di antara anda yang bertanya, berapa super-kah mereka itu? Kebanyakan daripada penyimpan wang super Amerika ini memiliki sebanyak 2 juta USD dalam simpanan! ![]() Sebenarnya setiap daripada mereka ini mempunyai teknik unik dan tersendiri, apa yang saya gariskan di bawah ini adalah teknik sepunya mereka. Maksudnya, teknik serupa yang kesemua daripada mereka lakukan. — Rahsia Penyimpan Super #1: Beli di bawah kemampuan sebenar Sebagai contoh: mereka membeli rumah berharga USD200 000 walaupun mampu membayar rumah berharga USD300 000. — Rahsia Penyimpan Super #2: Simpan atau labur apa-apa pendapatan lebih Ini termasuklah rebat cukai atau lebihan cukai yang dipulangkan semula (tax refunds). — Rahsia Penyimpan Super #3: Jangan beli apa-apa selagi tidak mampu dibayar tunai Mereka membeli secara tunai. Jika belum mampu, mereka akan membuat tabungan khas untuk sebarang pembelian. Ini termasuklah pembelian kenderaan dan rumah. — Rahsia Penyimpan Super #4: Menetapkan matlamat yang boleh dicapai Mereka membuat senarai matlamat kewangan tetapi mendahulukan pencapaian kepada yang paling penting dahulu. Kemudian beralih kepada matlamat lain secara berperingkat. — Rahsia Penyimpan Super #5: Menabung secara automatik Kesemua mereka menyedari keutamaan menabung dan tahu betapa payahnya menabung. Jadi mereka menjadikannya semudah yang boleh. Malah wang ke tabungan mereka tidak pernah miss kerana ia sampai ke sana tanpa mereka Nampak wang tersebut. — Rahsia Penyimpan Super #6: Mempunyai beberapa sumber pendapatan Ada yang mempunyai dua gaji (suami isteri), satu untuk perbelanjaan seharian dan satu lagi untuk disimpan. Sementara yang lain, ada yang mempunyai hanya satu sumber pendapatan tetapi mempunyai kerja atau bisnes sampingan. — Rahsia Penyimpan Super #7: Berjimat dalam perbelanjaan seharian Mereka sering membandingkan harga dan membeli pada harga yang lebih rendah. Menggunakan kupon diskaun. Berbelanja pada waktu jualan murah. — Apabila melihat kepada senarai rahsia-rahsia bagaimana mereka mampu menyimpan sebegitu banyak, tiga perkara terlintas di fikiran saya: disiplin kendiri, simpanan automatik dan matlamat yang jelas! |
Related Post
Ted Bundy, si pembunuh kacakDIA mempunyai perwatakan menarik dan bijak yang didakwa mampu memikat golongan wanita. Tetapi, di sebalik wajah kacaknya…
Versus 2 - band2 hebat berentapVERSUS merupakan antara program realiti yang menampilkan kelainan dalam format program lain yang ada ditayangkan menerus…
18 calon dapat 5A dalam STPM 2012 KUALA LUMPUR - Seramai 47,884 atau 92.67 peratus calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Si…
LAHAD DATU - Guru didakwa hina pasukan keselamatan digantung tugasKOTA BHARU — Seorang guru lelaki yang didakwa menghina anggota pasukan keselamatan berhubung isu pencerobohan pengganas …
efamilyexpert.com - dapat nasihat online isu rumahtangga BANGI — Orang ramai kini berpeluang mendapatkan konsultasi mengenai isu rumah tangga melalui internet yang dibangunkan…
Subscribe
Terbaru
Love Them
Cara Mudah UTC Dapat Sale Secara Online
Konsultan unit trust / unit trust consultant. Ramai yang menjadi konsultan unit trust di...Teknik Perniagaan Internet Yang Berjaya
Panduan buat bisnes online. Sekarang ni ramai yang nak buat bisnes online, sama ada ada produk...Teknik Buat Duit Dengan Bisnes Baju Kurung
Bisnes baju kurung. Baju kurung, ya baju kurung mesti korang tahukan. Ramai peniaga pakaian yang...Teknik Menjawab Soalan Temuduga SPA / Penguasa kastam
Setelah buat resume yang terbaru, setelah lulus peperiksaan online spa contohnya...Salah satu cara buat duit online
Pendapatan online ikut blog. Terdapat bermacam-macam pendapatan daripada blog. Korang boleh dapat...
0 Komentar untuk "7 Rahsia Para Penyimpan Wang Super Di Amerika!"
Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...