AZNIL NAWAWI - Akibat Terseliuh, Aznil Berkerusi Roda Ke Sarawak

 
KUCHING:Pengacara Aznil Nawawi terpaksa menggunakan tongkat dan kerusi roda untuk ke Sarawak kerana kaki kanannya terseliuh dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Jumaat lalu.
Aznil yang ditugaskan untuk menjadi juri program realiti On Air terbitan Astro di sini berkata, sebelum berlepas dia singgah di sebuah bilik air terlebih dahulu.
Bagaimanapun secara tidak sengaja dia tersalah langkah membuatkan kakinya terseliuh sehingga sukar untuk bergerak.
"Saya benasib baik apabila pihak keselamatan lapangan terbang menyediakan kerusi roda untuk memudahkan saya bergerak ke pesawat," katanya kepada mStar Online ketika ditemui semasa uji bakat program On Air di Hotel Merdeka Palace di sini, Sabtu.
Kata Aznil, semasa dalam pesawat ramai peminatnya terkejut apabila melihat keadaanya itu.
Aznil memberitahu dia tidak sempat berjumpa doktor kerana terpaksa memberi tumpuan kepada uji bakat yang di adakan selama dua hari bermula Sabtu.
"Saya akan berjumpa doktor selepas habis uji bakat. Walaupun kaki saya berdenyut-denyut tetapi saya dapat laksanakan juga tanggungjawab saya ini," katanya.
Jelas Aznil, buat masa ini dia menggunakan ubat tahan sakit.



Related Post

  • Tema Hari Merdeka 2014Tema Hari Merdeka 2014. "Di sini Lahirnya Sebuah Cinta" inilah teman hari merdeka 2014. Lain macam sikit tema …
  • Cadangan Bajet 2015Bajet 2015. Sekarang dah sampai masa kerajaan nak buat bajet tahun 2015. Korang tahu kan kalau bajet nih, semuanya orang…
  • Pakej Beli Kereta VW RM699 Tahun Pertama.Pernahkah korang termimpi-mimpi nak guna kereta Volkswagen ( VW ) Jetta atau Passat? Sekarang ni kat Malaysia, jualan ke…
  • Proton Baru 2014Gambar Kereta Proton P2-30A Terbaru 2014. Proton Malaysia dijangka akan melancarkan satu kereta model terbaru dengan kod…
  • Lafaz Niat Puasa Enam Bulan SyawalLafaz Niat Puasa Enam Bulan Syawal. Bulan Ramadhan telah meninggalkan kita, kini tibanya bulan Syawal, bulan kemenangan …
0 Komentar untuk "AZNIL NAWAWI - Akibat Terseliuh, Aznil Berkerusi Roda Ke Sarawak"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info