PPMH - Aaron Aziz, Siti Nurhaliza ungguli Anugerah PPMH

 
SHAH ALAM – Pelakon Ombak Rindu, Aaron Aziz memenangi dua kategori Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/2012, yang berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15 di sini, malam tadi.
Selain berjaya merangkul Anugerah Selebriti Kacak, Aaron juga memenangi Anugerah Hot Papa.
Ternyata filem Ombak Rindu memberikan impak yang besar terhadap Aaron setelah mendapat undian tertinggi pembaca MH.
Majlis Anugerah serta konsert yang dihoskan Nabil dan Dira Abu Zahar itu turut menyaksikan, penyanyi Falling In Love, Datuk Siti Nurhaliza mengungguli anugerah utama PPMH 2011/2012 iaitu Anugerah Ikon yang julung kalinya diadakan pada tahun ini.
Penyanyi berbakat besar, Yunalis Zarai atau Yuna pula menerima Anugerah Harapan.
Sementara, pelakon popular, Shahizey Sam dinobatkan sebagai Selebriti Favourite.
Anugerah Selebriti Jelita pula menjadi milik pelakon yang sememangnya cukup jelita, Rozita Che Wan.
Manakala, gelaran Anugerah Seksi Lelaki dan Wanita menjadi milik Norman Hakim dan Fazura.
Anugerah Selebriti Stylo pula dimenangi Stacy dan Nora Danish pula berjaya membawa pulang trofi Anugerah Hot Mama.
Mendapat tajaan syarikat komunikasi Digi, majlis sempena meraikan ulang tahun ke-27 Majalah Hiburan No 1 tanah air, dihadiri hampir 10,000 pengunjung.
Malah turut diserikan hampir 100 selebriti popular tanah air, seperti Fazura, Shaheizy Sam, Neelofa, Rozita Che Wan, Norman, Memey, Izara Aishah dan Irma Hasmie.
Berikut adalah keputusan penuh PPMH 2011/2012 bagi setiap kategori:
1. Anugerah Ikon - Datuk Siti Nurhaliza
2. Anugerah Harapan - Yuna
3. Anugerah Selebriti Favourite - Shahizey Sam
4. Anugerah Selebriti Cekal - Abby Abadi
5. Anugerah Duda Hot - Yusry KRU
6. Anugerah Janda Hot - Nora Danish
7. Anugerah Selebriti Kacak - Aaron Aziz
8. Anugerah Selebriti Jelita - Rozita Che Wan
9. Anugerah Hot Papa - Aaron Aziz
10. Anugerah Hot Mama - Ziana Zain
11. Anugerah Selebriti Stylo - Stacy
12. Anugerah Rambut Menawan (Lelaki) - Gambit Saifullah
13. Anugerah Rambut Menawan (Wanita) - Fouziah Ghous
14. Anugerah Kulit Cantik (Lelaki) - Dafi
15. Anugerah Kulit Cantik (Wanita) - Erra Fazira
16. Anugerah Seksi (Lelaki) - Norman Hakim



Related Post

  • Toyota Corolla Altis 1.8G 2563km enjin ok lagi, takde masalah atau bunyi pelik2. Kira masih belum ada benda2 yang tak sepatutnya untuk kereta bar…
  • WhatsApp terus unggulPersaingan aplikasi utusan atau messenger untuk telefon pintar kini kian meningkat. Malah BlackBerry juga melancarkan ap…
  • Kasut besiSeorang warga China, Zhang Fuxing mencipta dan menjual kasut besi yang mempunyai berat lebih 200 kilogram (kg). Menurutn…
  • Detik cemas pelatih komando hilangKreativiti dan pengalaman mampu mengubah keadaan malah menyelamatkan nyawa.Inilah yang berlaku ke atas dua jurulatih dan…
  • Cara senang bantu mangsa banjir serendah rm1 Dah bulan Disember dan memang biasabya akan banjir samada kuat ke tidak jer. Tapi kali ni lain macam skit aku rasa ter…
0 Komentar untuk "PPMH - Aaron Aziz, Siti Nurhaliza ungguli Anugerah PPMH"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info