Pihak Polis tidak mengharamkan Parti Keadilan Rakyat yang menganjurkan perhimpunan menyokong Anwar Ibrahim pada Isnin depan ditempat yang sesuai. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar juga menyatakan pihak Polis juga telah bersedia untuk mengadakan perbincangan bersama pucuk pimpinan PKR yang mana dikatakan Azmin Ali wakil penganjur pada perhimpunan 901 tersebut.
Kenyataan oleh Ketua Polis Negara juga turut menjelaskan bahawa pihak Polis tiada halangan sekiranya para penyokong Anwar Ibrahim untuk berhimpun bagi menunjukkan sokongan kepada pemimpin mereka itu. Namun demikian penganjur perhimpunan mestilah mematuhi undang undang yang sedia ada dan tidak melakukan pekara yang boleh mencetuskan ketenteraman awam.
Gomo menyokong baik apa yang dilakukan oleh pihak PDRM ini dalam menjaga kententeraman awam. Kita faham bahawa Anwar Ibrahim seorang pemimpin kepada ahli ahli dan penyokong PKR dan sudah pasti pada tanggal 9 Jan nanti para Penyokong Anwar Ibrahim akan turun menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin mereka.
Kenyataan PDRM ini juga selaras dengan kenyataan yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sebelum ini yang mana menyatakan pihak polis akan bertindak mengikut semangat penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011 dalam menangani demonstrasi pembangkang itu.
Untuk makluman akta itu yang kini dalam proses diwartakan member hak kepada orang ramai untuk berhimpun secara aman dengan syarat-syarat yang dilonggarkan berbanding sebelumnya.
Tindakan pihak Polis ini juga membuktikan kepada rakyat bahawa inilah ketelusan pihak PDRM dan juga kerajaan Malaysia dalam mentadbir negara. Boleh berhimpun namun jangan dilakukan pekara yang negatif sehingga menyebabkan ketenteraman awam tergugat.
Buat Azmin Ali yang merupakan ketua pengajur perhimpunan 901 diminta untuk memberikan kerjasama kepada pihak polis dalam memastikan ketenteraman awam dapat dikawal. Usah menggila pada 9 hb Jan nanti walaupun apa sahaja keputusan yang bakal ditempuhi Anwar Ibrahim.
Buat penyokong Anwar Ibrahim diharapkan dapat menjaga tingkah laku dan usahlah terkinja kinja seperti MONKEY sebagaimana yang berlaku sebelum ini. Bawalah bena ataupun kain rentang yang tertulis kata kata "Kami Sayang Anwar Ibrahim" dan jangan pula anda membawa kain rentang yang mencerca dan menghina pihak lain.
Syabas buat PDRM atas sikap keterbukaan ini. Gomo lihat semakin hari semakin banyak perubahan yang dilakukan oleh PDRM dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat dan juga negara. Yang salah tetap ditangkap dan dihukum itulah PDRM yang sememangnya jasa mereka tidak ternilai buat rakyat Malaysia.
Psssttt... Tapi gua macam tak yakin je dengan penyokong Anwar Ibrahim ni, boleh ke depa duduk himpun elok elok?
0 Komentar untuk "Perhimpunan 901 Dibenarkan Bukti Pihak Polis Akur Atas Kehendak Anwar Ibrahim? Bukti polis terbaikkk"
Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...